26 February 2013

Tips Memastikan Anak Rajin Melakukan Kerja Sekolah (Homework)


Melakukan kerja sekolah? Adakah anak anda malas dan tidak rajin melakukan kerja sekolah? Bagaimana ibu bapa boleh memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar adalah satu soalan yang biasa pada masa kini dan hampir kesemua ibu bapa sedang mencari penyelesaian yang terbaik bagi masalah ini. Kebanyakan kanak-kanak tidak berminat untuk belajar atau melakukan kerja rumah mereka sehingga ada sesetengah ibu bapa perlu untuk bertegas bagi memastikan mereka melakukan kerja rumah meraka. Berikut adalah panduan dan tips mudah untuk memberi motivasi kepada anak anda untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah.



 1  Mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah.
Apabila anak pulang dari sekolah, jika dia melihat ibu bapanya menonton tv ataupun bermain games maka dia akan berminat untuk turut sama. Jadi sebagai ibu bapa kita harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak , sebagai contoh apabila bersama anak-anak anda perlulah melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku di mana anak kita akan meniru atau menyertai aktiviti yang kita lakukan itu.

 2  Biarkan anak-anak melakukan aktiviti lain.
Jangan ajar anak anda untuk belajar sahaja. Pastikan anda memperuntukkan masa yang tetap untuk mereka bermain. Sebagai contoh anda membenarkan anak-anak bermain pada waktu petang manakala waktu malam ditetapkan untuk menyiapkan kerja rumah. Bermain adalah satu aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak-anak, menyihatkan badan dan menghilangkan tekanan mereka setelah penat belajar. Anda digalakkan bersama-sama bermain dengan anak-anak anda.

 3  Lepaskan tekanan.
Urus tekanan dan stress anda dengan baik. Ibu bapa yang stress cenderung melepaskannya kepada anak-anak dan ini boleh menimbulkan suasana negatif di rumah. Sebagai ibu bapa anda perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik untuk anak anda. Berikan ruang dan masa untuk anak anda belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Pastikan anak anda bebas daripada tekanan belajar dan pastikan anda tidak memaksa mereka. Paksaan tidak banyak membantu tetapi boleh memberi tekanan kepada anak-anak dan kadang kala menyebabkan anak menjadi lebih malas.

 4  Pujian
Apabila anak anda berjaya menyiapkan kerja sekolah maka pujilah mereka bagi menaikkan semangat mereka. Kata-kata pujian seperti “Pandailah anak papa” dan “Bagus, Rajin anak papa” amat membantu dalam meningkatkan motivasi anak anda menyiapkan dan melakukan kerja sekolah mereka.

 5  Penghargaan
Berikan mereka penghargaan atas usaha dan kerajinan mereka untuk menyiapkan kerja sekolah seperti membuat minuman ataupun menyediakan makanan ringan mahupun kuih muih semasa anak anda sedang menyiapkan kerja sekolah.

Secara ringkas, kanak-kanak boleh menjadi lebih bermotivasi untuk menyiapkan kerja sekolah jika kita membuat sedikit usaha kecil seperti di atas. Ibu bapa yang baik pasti inginkan anak yang rajin dan pintar namun anda perlu pastikan cara anda kena pada tempatnya.



Sumber dari http://nur-abdullah.blogspot.com/2011/02/7-tip-anak-mudah-buat-kerja-sekolah.html


Boleh guna untuk Izzat yang malas nak siapkan 'homework' dia.. Jenuh pujuk macam-macam, masih tak jalan jugak..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..