13 July 2011

Masalah Tumit Pecah



Masalah yang sering muncul pada kaki adalah tumit pecah. Ingatkah anda akan seseorang yang selalu berpenampilan rapi dan cantik dari hujung kepala sampai ujung mata kaki saja, kerana sayang... tumitnya memiliki peta-peta coklat dan pulau-pulau putih?

Heel Fissures atau tumit pecah disebabkan oleh kulit yang kering. Gejala ini bertambah buruk ketika kulit di sekeliling mahkota tumit memiliki Callus (penebalan kulit kering).

Callus adalah penumpukan kulit yang terbentuk akibat iritasi atau geselan, contohnya, pada ketika sepasang kasut berulang kali menggesel satu bahagian dari kaki anda. Callus ini biasanya memiliki pelbagai bentuk dan motif dengan ketebalan berbeza-beza. Callus yang menebal biasanya menimbulkan masalah kosmetik pada tumit anda. Fissures yang muncul di dalam callus bila dibiarkan, lama-kelamaan boleh menjadi jangkitan yang menyakitkan bahkan menjadi luka, sehingga boleh mengganggu aktiviti kita.

Sebahagian orang memang memiliki jenis kulit yang kering, sehingga kulit di bagian tumitnya lebih mudah mengalami pecah-pecah. Banyak faktor yang menyebabkan tumit pecah-pecah, diantaranya :
  • Berdiri terlalu lama, di atas lantai yang kasar dan keras.
  • Tanda penuaan
  • Cara seseorang berjalan iaitu cara berjalan yang menekan tumit.
  • Obesiti - lebihan berat badan, sehingga tekanan bertumpu pada tumit menyebabkan kaki melebar. Bila kulit pada kawasan tumit ini tidak lentur dan fleksibel maka kulit ini akan terpecah.
  • Memakai kasut yang terbuka di belakang kaki. Ia memberi ruang untuk kaki melebar. 
  • Pencemaran kimia
  • Keadaan kesihatan tertentu yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan pecah-pecah, contohnya: diabetes, underactive thyroid.
Kebanyakan tumit pecah-pecah hanyalah masalah kosmetik dan tidak berbahaya. Namun adakalanya dimana Fissures atau pecahannya sudah mendalam sehingga terasa menyakitkan dan sangat mengganggu penderitanya.


Dimulai dari kulit tumit yang kering, kulit-kulit pecah mudah timbul. Tumit pecah ini boleh dirasakan ketika kulit tangan menyentuh tumit yang pecah, atau ketika kulit yang pecah ini tersangkut pada bahagian katil anda, atau bahkan pada pelapik kaki anda. Seringkali kita akan mencabut kulit-kulit yang pecah ini. Namun ia bukannya dapat mengatasi masalah ini, malah tindakan ini dapat menambahkan lagi keadaan tumit yang pecah, kerana tumit yang pecah ini boleh bertambah dalam sehingga menjadi semakin menyakitkan.



Untuk mencegah tumit anda daripada pecah, cuba ikuti tips berikut :
  • Jangan mandi dengan air yang terlalu panas, kerana air panas boleh menyebabkan kulit kering.
  • Sapukan pelembab seperti Heel-Soft cracked heel cream sekurang-kurangnya sehari sekali untuk menghindari kulit kering.
  • Gunakan batu apung untuk menghilangkan kulit-kulit keras yang menumpuk pada tumit anda. Membuang kulit-kulit keras (mati) sebelum menjadi pecah dapat menjaga kesihatan tumit.
  • Untuk peminat kasut, usahakan untuk meminimakan memakai sandal. Dan sapukan pelembab ekstra seperti Heel-Soft cracked heel cream saat memakai sandal.
  • Bagi anda yang memiliki kaki rata (kaki itik), sebaiknya memakai alas kaki yang boleh memberikan sokongan pada bahagian tapak kaki.
Memang tumit pecah-pecah bukanlah masalah yang serius. Namun keadaan ini amat mengganggu keselesaan si penderita dan juga merosak keindahan kaki. Selalu lebih baik mencegah daripada mengubati. Oleh kerana itu, anda perlulah memberi perhatian apabila kulit kaki kelihatan mengeras, supaya tidak berlanjutan menjadi kulit pecah.


Ada banyak produk yang ada di pusat membeli belah dan farmasi untuk mengubati tumit pecah. Beberapa tanda boleh membantu. Menggunakan batu apung juga boleh membantu menghilangkan kulit tebal di sekitar tumit. Namun jangan sesekali membuang kulit tebal dengan menggunakan alat pencukur atau gunting kerana dapat menyebabkan jangkitan dan luka.


Akhirnya, seperti keadaan kesihatan yang lain, anda perlu merujuk masalah kesihatan anda kepada doktor. Apabila Fissures-nya sudah parah, atau tumit pecah ini amat mengganggu anda, ada baiknya anda berjumpa dengan doktor kaki (Podiatrist). Rawatan yang mungkin diberikan oleh doktor anda, antara lain :
  • Kulit-kulit keras yang menebal pada tumit anda akan dibuang.
  • Pemberian krim untuk tumit pecah-pecah seperti Heel-Soft cracked heel cream (cracked heel : tumit pecah)
  • Disarankan untuk menggunakan pelapik kaki setiap habis mengoleskan krim tumit.
  • Disarankan untuk menggunakan kasut yang lebih selesa.
  • Pemulihan perubatan bagi kaki anda berupa alas kasut yang mepunyai sokongan untuk tapak kaki, sehingga dapat memperbaiki cara berjalan yang akhirnya akan mengurangkan pembentukan kulit keras pada tumit.

Petua Menghilangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Pemakaian kasut yang terbuka dan selipar yang terlalu lama menyumbang kepada masalah tumit pecah. Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antarnya ialah:
  • Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  • Ambil getah betik yang masih muda. sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  • Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.


Sumber daripada google dan majalah rapi


Tu la kekadang tumit kaki ni kerap jugak pecah.. Dulu rajin jugak guna sabun sintok limau keluaran asticare, jadi ok jugak tumit kaki nih.. Nak tengok la stok ada lagi ke tak sabun tu..

1 comment:

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..