01 July 2011
Amalan pembuka rezeki
Seperti mana yang kita ketahui, amalan-amalan yang dianjurkan dalam Islam mempunyai kelebihannya yang tersendiri, maka tidak hairanlah ia menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki. Berdasarkan konsep rezeki yang diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW: "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmidzi)
Sentiasa ingat Allah
Sentiasa mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati enjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
Memperbanyakkan berishtigfar
Istighfar adalah rintihan dan mengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi SAW: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, meyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abua Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
Kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir daripada ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mangandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Sumber dari majalah dara.com dan http://www.darussyifa.org/
Boleh juga diamalkan agar dimurahkan rezeki.. Amalan yang mudah untuk diamalkan, tapi sukar untuk dilakukan.. Kena cuba buat nih sikit demi sedikit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..