19 July 2011

8 Cara Menawan Hati Mertua


Ibu bapa mertua merupakan sebahagian daripada kehidupan suami kerana mereka yang membesarkan dan mendidik suami sehingga menjadi seperti sekarang ini. Sebagai menantu mungkin anda berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan keluarga suami tetapi itulah yang perlu dilakukan agar hubungan yang bersatu terus terjalin.


Perkahwinan bahagia bukan seperti permainan bola sepak, ada kumpulan menang dan ada kumpulan yang kalah. Jangan keliru mendengar atau menerima tindak balas (respons) mereka. Mertua akan tertekan jika merasakan menantunya melakukan sesuatu tanpa mendengar terlebih dahulu.


Memang bukan mudah menjadi menantu terbaik kerana terpaksa memuaskan hati semua pihak termasuk diri sendiri. Memang tidak mudah berlaku adil kepada semua orang tetapi untuk memenangi hati wanita yang melahirkan suami anda ke dunia, kita perlu menyeimbangkan semua perkara. Membina sebuah jambatan yang roboh lebih sukar berbanding membina sebuah jambatan baharu. Ini merupakan pelaburan yang sangat berharga demi masa depan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang.


 1  Bekerjasama dengan pasangan
Ini adalah kunci segala kebahagian dalam rumah tangga. Apa yang perlu anda terapkan sejak mula lagi apabila hidup berkeluarga adalah dalam apa-apa jua keadaan anda dan suami perlu bersatu. Jangan sekali-kali membuatkan suami berada dalam situasi tertekan atau terpaksa memilih sama ada anda atau keluarganya. Jika anda membuat suami terpaksa mengharungi keadaan ini anda bagai menjerut leher sendiri. Anda sepatutnya memahami ikatan kekeluargaan suami dengan keluarganya dan menyokong hubungan itu. Bukan memisahkan dan memporak-perandakan hubungan yang telah lama terjalin itu.


 2  Hadkan jarak
Jika mendidik anak-anak, anda telah menetapkan undang-undang seperti pulang sebelum pukul tujuh atau tidak boleh makan makanan ringan di rumah. Anda boleh berbincang dengan suami dan menetapka 'undang-undang' ketika bersama ibunya. Kemudian boleh menerapkan nilai-nilai tersebut sedikit demi sedikit dan akhirnya pasti keluarga mertua akan memahami dan setuju dengan tindakan anda. Tetapi, janganlah memberi nilai yang telah dirancang itu secara bertulis, nampak seperti tidak beradab.


Bercakap tentang had jangan sekali-kali berjanji jika anda sendiri tidak pasti dapat menunaikannya. Mungkin ibu dan bapa mertua mahu anda dan suami mengunjungi rumah mereka hampir saban minggu. Anda sendiri tentu mempunyai agenda untuk keluarga ketika hujung minggu. Waktu ini anda perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk tidak berjanji boleh pulang ke rumah mereka setiap hujung minggu. Namun, jika anda telah berjanji jangan salahkan orang lain untuk menunaikannya.


 3  Komunikasi sehala
Dalam apa-apa juga situasi anda perlu elakkan komunikasi bersama keluarga mertua melalui orang ketiga. Jangan sekali-kali menyuruh suami anda memberitahu adiknya atau ibu mertua sendiri tentang sesuatu perkara yang dilakukan mereka yang menggoes hati dan perasaan anda. Anda perlu berbincang sendiri dengan mereka kerana apabila berhubung dengan pihak ketiga walaupun suami sendir, dikhuatiri akan menjadi lain.


Jika ada yang mengganggu anda dalam perhubungan dengan keluarga mertua nyatakan secara jujur. Anda perlu melakukan berhati-hati agar tidak melukakan pihak yang sebaliknya. Mungkin kadang-kadang sesuatu masalah itu tercipta kerana tersalah faham atau tidak memahami situasi yang anda lami  ketika itu.


 4  Kenali diri sendiri
Shakespeare telah mengucapkannya bertahun-tahun lalu dan nasihatnya masih teguh sehingga kini, "berusaha membuat diri anda menjadi orang yang mertua mahu". Sebagai contohnya ibu mertua sering berangan-angan mendapat menantu yang pandai membuat kek sedangkan anda seorang wanita bekerjaya yang mempunyai beratus-ratus pekerja bawahan. Sebagai menantu yang baik tidak salah anda menggaul gula dan juga mentega untuk memenuhi keinginan ibi mertua. Anda mungkin akan dipandang lebih tinggi kerana mampu melakukan kedua-duanya.


 5  Membuat keputusan dengan matang
Setiap ibu bapa akan menyayangi anak-anaknya sepenuh hati kerana sudah terpateri dalam 'kontraknya'. Tetapi, ibu dan bapa mertua anda tidak termasuk dalam kontrak ini. Anda perlu menerima hakikat bahawa ibu bapa mertua bukan ibu bapa kandung dan tidak mengikuti undang-undang yang sama. Cuba berikir perbezaan itu dan bukan perkara buruk. Bagi memastkan apa yang akan anda usahakan ini berjaya kunci utamanya ialah bertolak ansur.


Belajar melihat situasi daripada pandangan ibu dan bapa mertua. Walaupun anda tidak bersetuju dengan tindakan yang mereka ambil, cuba berfikir secara positif. Sebagai contohnya anda tidak suka makan ikan sungai tetapi apabila ibu mertua menghidangkan makanan tersebut janganlah tolak kerusi dan terus bangun memberontak tidak mahu makan. Apa salahnya anda mencuba makan ikan tersebut dan jika masih tidak boleh melakukannya, kuis-kuis sahaja dan makan hidangan lain. Ramai pasangan berubah tabiat makan apabila mencuba masakan ibu mertua.


 6  Menjadi orang baik
Walaupun anda sendiri berada dalam situasi sukar tetapi tiba-tiba keluarga mertua menambah masalah yang sedia ada. Seboleh mungkin lakukan dan suarakan yang baik-baik belaka. Jika anda tidak boleh berkata yang baik lebih baik berdiam dan berikan senyuman paling manis.


 7  Mempunyai sifat kelakar
Kadang-kadang sifat kelakar ini membantu anda menghadapi situasi sukar dalam hidup. Jika anda  rasakan sukar hidup dalam keluarga mertua cuba kumpul cerita-cerita kelakar yang mampu menghangatkan komunikasi anda bersama keluarga mertua. Kisah-kisah lawak ini dapat menyemarakkan lagi hubungan dan apabila anda tiada dalam satu-satu majlis keluarga pasti terasa kehilangan anda. Mereka mula merindui kehadiran anda dalam kelompok keluarga mereka.


 8  Belajar menerima
Bukan semua bapa mertua suka bermain dengan cucu dan bukan sema ibu mertua yang bermimpi membuat kek bersama-sama dengan cucu. Buangkan jauh-jauh fikiran yang stereotaip itu dan berfikir secara realistik situasi keluarga anda dan mertua. Belajarlah menerima dan merendah diri.




Sumber dari majalah midi


Hubungan dengan mertua memang perlu dijaga untuk kesejahteraan serta kebahagiaan hidup kita bekeluarga.. Jadi sama2lah kita mengambil sedikit tip disini untuk dipraktikkan terutamanya yang baru melangkah ke alam perkahwinan..

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..