Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.
Jenis-jenis Sakit Kepala dan Ciri-cirinya
Ciri-ciri sakit kepala
Sakit kepala disebabkan ketegangan.
• Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
• Menyerang pada bila-bila masa.
• Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
Sakit Kepala Migrain
• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.
Sakit Kepala Bertumpu
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.
Keradangan Sinus
• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
• Mempunyai sejarah 'demam hay' (rhinitis alergik) dan alahan.
Arteritis Temporal
• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.
• Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
• Penglihatan terganggu.
• Sakit-sakit pada seluruh badan.
• Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang.
• Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.
Faktor-faktor Lain yang Menyebabkan Sakit Kepala
⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.
⇒ Demam yang disebabkan virus
⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate
⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic
⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
⇒ Keracunan
⇒ Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)
⇒ Tekanan
⇒ Gigi bernanah
⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat-ubatan lain
⇒ Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
⇒ Pengambilan alkohol yang melampau
Penjagaan Sendiri untuk Mengawal Sakit Kepala
• Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.
• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.
• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.
• Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan
• Mandi
• Tutup mata anda dengan kain basah
PETUA MENGURANGKAN SAKIT KEPALA
Daun turi atau daun geti juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala.
Hubungi Doktor Jika...
• Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah menggerakan tangan dan kaki, atau masalah-masalah yang seumpamanya.
• Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala.
• Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba.
• Sakit kepala yang berlarutan beberapa hari.
• Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.
• Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.
• Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala yang luar biasa
• Anda mungkin merasa anda mengidap arteritis temporal
Sumber disunting dari http://dspace.unimap.edu.my
Kekadang sakit kepala jugak, info ni sedikit sebanyak boleh lebih memahami jenis2 sakit kepala yang dialami..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..