04 March 2011

Botol Susu Bebas Bisphenol A (BPA Free)


Kesan BPA Kepada Kesihatan Manusia

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengaharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Dalam tempoh satu (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat, pengguna perlu mangambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.


Bagaimana menguruskan botol susu bayi anda?

Ambil langkah awal dengan menukarkan botol susu polikarbonat anak anda kepada botol susu bayi bebas Bisphenol A (BPA)

Alternatif botol susu bayi bebas BPA:
  • Polypropylene (PP)
  • Polyethersulfone (PES)
  • Polyamides (PA)
  • Kaca dan lain-lain
* Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 'BPA free' atau 'Bebas BPA'

Ikuti Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
  1. Steril botol susu mengikut arahan di label. Sekiranya tiada, rendam botol susu dalam air mendidih selama 5 - 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Cuci botol susu menggunakan span dan berus yang lembut bagi mengelakkan rosak atau calar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu. Jika rosak atau calar gantikan yang baru. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.



Sumber dari http://www.infosihat.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..