13 May 2013

Penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder)

 


Assalamualaikum semua.. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan memikirkan apakah itu yang dimaksudkan dengan OCD (Obsessive Compulsive Disorder).. OCD nih memang asing di telinga kita, bagi saya ini kali pertama saya mengetahui mengenainya..  OCD ni kedengarannya seperti sikap seseorang yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan terhadap sesuatu.. Tetapi ianya berkaitan dengan mental.. Pengidap penyakit ini kelihatan normal seperti manusia biasa.. Tetapi perlakuannya yang membezakannya.. Kedengaran ianya tidak seserius mana, tetapi jika tidak dirawat ia boleh menjadi lebih teruk.. Mari kita baca info yang ditemui.. Info ini juga didorong oleh info yang disampaikan di dalam rancangan Nona dalam bulan Mac yang lepas..




Penerangan tentang OCD
OCD ialah ketidakcelaruan perasaan yang memerangkap fikiran dan peranagi pesakit dalam kitaran yang tidak berakhir. Lebih mudah faham, mereka suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum ini tidak sempurna atau lengkap. Jika tidak dilakukan secara beruang, mereka akan berasa resah, tertekan dan cemas.
 
Kitaran OCD (melakukan kerja secara berulang-ulang) ini boleh mengambil masa selama berjam-jam dan hal ini menganggu aktiviti harian pengidap OCD. Pengidap OCD sebenarnya sedar akan obsesi dan pengulangan yang mereka lakukan namun mereka tidak mampu untuk memberhentikannya.
 
Simptom-simptom
Simptom OCD ialah seseorang itu obses dengan perkara-perkara berikut:
* Takut kekotoran atau pencemaran oleh kuman
* Takut menyebabakan kecederaan atau mudarat kepada orang lain.
* Takut membuat kesilapan
* Takut dimalukan atau bertindak seperti tidak diterima oleh masyarakat
* Takut memikirkan syaitan teramat resah memikirkan perbuatan jahat yang pernah dilakukan
* Terlalu mementingkan susunan, simetri, ketepatan dan kesempurnaan
* Perasaan was-was dan curiga yang kuat terhadap orang lain atau sesuatu perkara dan memerlukan jaminan yang mantap untuk percaya.




Pengulangan yang akan dilakukan pengidap OCD
* Mandi, membasuh tangan dan bersiram berulang-ulang
* Menolak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, pemegang eskelator dan punat lif.
* Pengulangan memeriksa perkara seperti kunci, dapur gas dan paip air.
* Suka mengira di dalam hati atau secara kuat semasa melakukan tugas rutin seperti ketika menaiki tangga.
* Menyusun barangan dalam sususnan tertentu secara tetap
* Makan mengikut turutan. Fikiran terperangkap dengan imej, kata-kata dan sesuatu pendapat sehingga mengganggu tidur.
* Mengulangi perkataan, frasa atau doa tertentu.
* Mesti melakukan tugasan secara berulang-ulang dalam bilangan tertentu'* Mengumpul barangan yang tiada nilai.



Penyebab OCD
Walaupun penyebab tepat OCD tidak difahami sepenuhnya, namun kajia menunjukkan kombinasi faktor biologi dan persekitaran terlibat:-
 
* Faktor biologi
Otak mengandungi neuron yang mesti berhubung supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Neuron berhubung melalui signal elektrik. Bahan kimia tertentu dinamai neurotransmitter menolong menggereakkan mesej elektrikal dari satu neuron ke satu neuron. Kajian menunjukkan kaitan antara kekurangan pengeluaran neurotransmitter jenis serotonin dengan perkembangan OCD. Ada juga bukti mengatakan ketidakseimbangan serotonin boleh diwarisi oleh ibu bapa kepada anak mereka. Ini bermakna, perembangan OCD boleh diwarisi.
 
Tambahan pula, ada bahagian-bahagian otak yang mendapat kesan akibat ketidakseimbangan serotonin boleh mengakibatkan OCD. Ini menjejaskan laluan dalaman otak yang melibatkan proses penilaian dan perancangan dan juga kawasan otak yang menapis mesej elektrikal yang melibatkan pergerakan badan.
 
Kajian juga menunjukkan kaitan antara jangkitan bakteria Streptococcus dengan OCD. Jangkitan ini jika berlaku tetapi tidak dirawat boleh mengakibatkan perkembangan OCD dan lain-lain masalah terhadap kanak-kanak atau individu.
 
* Faktor persekitaran
Sebahagian faktor persekitaran boleh menjadikan OCD lebih teruk.
 
a. Penderaan
b. Perubahan situasi hidup
c. Kehilangan orang tersayang
d. Masalah di sekolah atau tempat kerja
e. Kerisauan dalam perhubungan
 
Kekerapan OCD
Ketidakcelaruan ini mula-mula dapat dilihat semasa zaman kanak-kanak, remaja dan awal dewasa. Ia berlaku kepada lelaki dan perempuan dan boleh menjangkiti individu tidak kira bangsa atau latar belakang sosioekonomi.
 
Bagaimana OCD boleh didianogsis?
Tiada ujian makmal untuk mendianogsis OCD. Doktor mengenalpasti keadaan pengidap melalui simptom-simptom yang dialami termasuk berapa banyak masa individu tersebut melakukan rutin OCDnya.
 
Rawatan OCD
Penyakit OCD tidak boleh hilang dengan sendiri, oleh itu penting untuk mendapatkan rawatan awal. Paling efektif dan berkesan ialah gabungan ubat-ubatan dan terapi perangai kognitif. ECT dilakukan jika terapi perangai kongnitif dan terapi ubatan tidak berkesan.
 
# Terapi ubat-ubatan
Antidepressant, seperti 'serotonin reuptake inhibitor'(SSRI) jenis Paxil, Prozac, dan Zoloft boleh menolong merawat OCD. Ubatan lain – antidepressant tricyclic seperti Anafranil boleh diguna. Dalam beberapa kes OCD ada yang tidak memberi respond terhadap terapi di atas.

Terapi elektrokonsulsif (ECT) atau pembedahan psyko(psychosurgery) boleh digunakan untuk merawat. Semasa ECT dijalankan elektrod-elektrod akan dilekatkan ke kepala pesakit dan siri kejutan elektrik dihantar ke otak untuk menyebabkan tindakbalas sawan. Sawan menyebabkan pelepasan neurotransmitter di dalam otak.
  
Dalam kebanyakan kes, OCD boleh dirawat menggunkan terapi ubatan, perangai kognitif, atau kedua-duanya. Dengan meneruskan rawatan, kebanyakan pesakit boleh mencapai kesembuhan jangka panjang daripada simptom-simptom OCD dan kembali ke keadaan normal atau hampir normal.


Pencegahan OCD
   
OCD tidak boleh dicegah namun dignosis awal boleh membantu mengurangkan masa individu menderita akibat keadaan OCD.
 



Sumber disunting dari http://hatisenangnye.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..

Post a Comment