31 May 2013

10 Fakta 'Awesome' Al-Quran

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Selalunya hari Jumaat saya lebih suka berkongsi maklumat berkaitan keagamaan skit.. Hari ni nak kongsi bahan nih.. Berkaitan Al-Quran, fakta yang ada yang kita ketahui dan ada yang kita tidak sedari.. Apapun meh kita baca fakta yang ada nih..
 
 



10 fakta 'awesome' Al-Quran untuk anda

1 BETULKAN FAKTA
Al-Quran 'kata' : ayat saya jumlahnya 6,236 bukannya 6,666
 
2 DAPATKAN 'LAWYER' TERBAIK
Nak 'hire' peguambela agar selamat azab kubur? Boleh. Perbanyakkan membaca Surah Mulk
 
3 TIKET SYURGA, FREE
Ingin 10 Tiket free syurga untuk ahli keluarga? Hafazlah Al-Quran, amalkannya & jadilah 'Ahlullah' - V.I.P Tuhan di dunia.
 
4 KAEDAH JIBRIL
Teknik hafazan termudah? 'Try Kaedah Jibril. Hafaz 3 baris saja sehari. Kemudian baca 3 baris itu setiap solat 5 waktu untuk elak lupa.
 
5 'PAGAR' RUMAH
Nak 'pagar' terbaik lindungi rumah dari gangguan syaitan? Pesan Nabi : Bacalah Surah Al-Baqarah banyak-banyak.
 
6 NABI BERTUAH
Tahukah anda Nabi yang diceritakan kisah hidupnya dari kecil hingga dewasa dalam 1 Surah? : Nabi Yusuf a.s - Surah Yusuf
 
7 QIRAAT
Quran boleh dibaca dengan 10 'dialek' berlainan. Ia digelar Qiraat. Di Malaysia, kita mengamalkan Qiraat Hafs 'An 'Asim.
 
8 SURAH ISTIMEWA
Surah apakah yang ada dalam setiap ayatnya perkataan 'Allah'? : Surah Mujadillah
 
9 AGAR TAUBAT DITERIMA
Agar taubat lebih mudah diterima, doa siapakah yang elok kita baca? : Doa Nabi Yunus. Surah Anbiya' , ayat 87
 
10 PANJANG - PENDEK
Surah terpanjang dalam al-Quran adalah Surah Al-Baqarah (286 ayat). Surah terpendek adalah Surah al-Kauthar (3 ayat)





Sumber dari facebook Ustaz Don Daniyal




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..