31 October 2013

Mulut Berbau???

Assalamualaikum semua.. Ada tak di antara kita bimbang dengan mulut berbau??? Pastinya ada kan??? Yelah senyum dah cantik, tapi bila bercakap, kuar plak bau yang kurang menyenangkan.. Meh kita tengok cara yang boleh digunakan bagi menutup bau kurang menyenangkan tersebut..

 
 


Biasanya, individu yang mengidap mulut berbau sukar mengesan bahawa dirinya berhadapan dengan masalah tersebut lantaran terbiasa dengan bau yang dihidunya sehari-hari. Antara cara yang paling efektif untuk mengetahuinya ialah dengan bertanyakan kepada pasangan, sanak saudara atau kawan-kawan rapat sama ada bau mulut anda normal atau sebaliknya.



Justeru, jangan sekali-sekali berkecil hati dengan maklum balas yang diterima. Selain itu juga, terdapat sejenis alat yang digunakan oleh para doktor gigi untuk mengukur kandungan sulfur dalam nafas pesakit.



Setelah diperiksa, rupa-rupanya anda disahkan doktor menghidap masalah mulut berbau. Usah cepat terasa hati sebaliknya carilah jalan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau tersebut.



Berus gigi setiap hari

Amalan memberus gigi perlu dilakukan dengan betul. Tidak cukup dengan berus, anda dinasihatkan supaya menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria dan lebihan makanan yang berkumpul di dalam mulut. Dengan mempraktikkan cara berkenaan, bakteria sukar menghasilkan sulfur seterusnya mengelakkan mulut berbau.



Bersihkan lidah sehingga bersih

Mungkin ada yang memandang remeh soal pembersihan lidah ketika menggosok gigi. Ingat, sepertimana yang dikatakan sebelum ini bahawa bakteria mudah menyorok di rekahan serta belakang lidah. Pada masa sama, anda boleh menggunakan pembersih lidah yang banyak dijual di farmasi. Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di bahagian belakang pemberusnya atau pilihan berus gigi yang lembut dan gosoklah perlahan-lahan sehingga lidah kelihatan bersih.



Banyakkan minum air suam

Air adalah elemen paling utama dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Sebab itulah, dua liter air sehari adalah sukatan yang cukup sesuai. Bagi memudahkan kerja, isi air di dalam botol bagi memudahkan proses menyukat. Secara tidak langsung, teknik ini membuatkan mulut anda sentiasa basah dengan air malah pada masa sama berfungsi merangsang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.



Kunyah gula-gula getah

Sekiranya anda gagal memberus gigi selepas makan, maka kunyahlah gula-gula getah yang bebas kandungan gula. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan sisa-sisa makanan yang terperangkap di ‘kawasan’ yang ‘dalam’ seterusnya merangsang pengeluaran air liur.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/mulut-berbau-busuk-1.213708#main-section


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..