11 November 2013

Makanan Elak Mulut Berbau

Assalamualaikum semua.. Baru-baru nih saya ada berkongsi perihal mulut berbau kan?? Ari ni lanjutan dari perkara tuh nak berkongsi makanan yang boleh mengelakkan masalah ini..




Masalah mulut berbau berlaku akibat pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah. Keadaan ini dipanggil halitosis.

Ia juga sebabkan tabiat individu mengawal pemgambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ketones akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar.

Info Punca Mulut Berbau

Makanan
Sisa makanan terselit pada celah gigi. Makanan mengandungi minyak mudah bertukar menjadi gas (menghasilkan bau) seperti bawang putih, bawang merah dan sesetengah sayur-sayuran dimasak dengan rempah. Selepas makanan ini dicerna dan minyak yang berbau diserap masuk ke dalam salur darah ia seterusnya dibawa masuk ke paru-paru. Gasnya akan dibebaskan melalui pernafasan. Proses ini berterusan sehingga makanan tadi dikumuhkan daripada badan.

Abai kebersihan gigi
Tabiat membersihkan gigi yang buruk antara punca utama nafas berbau. Sisa makanan pada celah gigi menggalakkan pembiakan bakteria penyebab bau mulut. Jika tidak dibersihkan, bakteria akan terus berkumpul dan membentuk plak. Jika tidak diberus akan menyebabkan radang gusi (gingivitis) dan mereputkan gigi.

Mulut kering
Air liur membantu membersihkan dan melembabkan mulut. Mulut kering menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi. Sel mati terkumpul akan mereputkan gigi dan mengeluarkan bau. Mulut menjadi kering ketika tidur juga menyebabkan berbau pada keesokan harinya.

Tembakau
Semua hasil tembakau tidak kira jenama membuatkan mulut berbau. Merokok boleh mengeringkan mulut dan mengakibatkan bau tidak menyenangkan.

Diet keterlaluan
Individu yang mengamalkan diet keterlaluan mengakibatkan pengumpulan bahan kimia ketoasidosis yang terhasil ketika mereka menahan lapar.

Bagaimanapun, kajian lima makanan di bawah boleh membantu menghapuskan bakteria penyebab nafas berbau.



1 Strawberi
Buah ini bukan saja lazat dan berkhasiat, malah membantu mencegah bakteria serta kuman penyebab bau mulut. Kandungan vitamin C yang ada pada buah ini juga bagus untuk melawan jangkitan bakteria.





2 Teh
Hidangan teh hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida dalam teh mencegah berkembangnya bakteria pada bahagian mulut.





3 Kacang Hazelnut
Siapa sangka kacang juga boleh mencegah bau mulut. Cuma kunyah seketika. Kunyahan itu akan menerbitkan zat pada dinding mulut.





4 Yogurt
Pengambilannya mampu mengurangkan perkembangan bakteria penyebab nafas berbau. Kajian pakar perubatan di Jepun menunjukkan pembentukan plak di gusi akan berkurangan apabila minum yogurt.





5 Epal
Mampu mencegah kemunculan plak pada gigi.











Sumber dari akhbar berita harian 24 Oktober 2013 dan gambar kredit dari mr.google..






No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..