21 February 2012

Tip Menyimpan Wang



 1  Tetapkan tujuan menyimpan. Untuk jangka panjang dan pendek. Mungkin jangka pendek ia tidak sesukar mana tetapi dalam tempoh yang panjang ia menjadi sedikit sukar. Perancangan dan pelaburan perlu diatur. Oleh itu, setiap hari, tulislah tujuan menyimpan agar tidak hilang fokus.

 2  Selain buat senarai perbelanjaan mesti yang perlu, buat juga satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dibeli. Setelah itu, beringatlah agar tidak membelinya lagi.

 3  Buang tabiat buruk yang melibatkan wang. Ada beberapa kebiasaan buruk yang tidak baik untuk kesihatan dan wang seperti merokok atau membeli belah berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk itu bukan sahaja membuatkan anada lebih sihat tetapi membantu anda berjimat.

 4  Berusaha untuk tidak menggunakan kad kredit. Menggunakan kad kredit membuatkan anda berbelanja mengikut nafsu. Belajar berbelanja dan membayar dengan tunai. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa banyak wang yang tinggal.

 5  Berkawan dengan orang yang bijak mengurus wang. Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka.

 6  Sekiranya semua langkah di atas dilaksanakan, kewangan anda pada tahun seterusnya akan lebih teratur dan paling penting azam anda untuk menabung Insya-Allah akan tercapai. Tiada istilah awal tahun duit melayang dalam kamus kewangan anda. Semoga berjaya.



Sumber dari majalah nur

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..