13 February 2012

11 Gaya Memujuk Anak Tidur Awal


Anak-anak memang mempunyai pelbagai ragam. Walaupun mereka aktif pada waktu siang, tidak bermakna mereka akan tidur awal pada malamnya. Berikut ada beberapa tips yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah ini.

 1  Buat jadual yang sesuai untuk keperluan setiap anak, waktu tidur, makan dan bermain. Setelah mengikuti rutin ini pada waktu yang sama, tubuh mereka akan beradaptasi dan akan mengantuk dengan mudah.

 2  Sangat penting mengehadkan kegiatan yang menggunakan fizikal dan mental seperti menonton televisyen, bermain komputer atau permainan yang melibatkan fizikal. Sebaik-baiknya elakkan anak-anak daripada melakukan kegiatan tersebut beberapa jam sebelum tidur. Gantikannya dengan aktiviti yang lebih menenangkan seperti membaca.

 3  Salah satu cara membuat anak berasa mahu tidur adalah dengan membacakan mereka cerita. Kegiatan ini selain menenangkannya juga membuat anak membiasakan otak mereka bahawa ia adalah masa yang tepat untuk tidur.

 4  Pastikan anak merasa nyaman sepanjang malam, misalnya dengan meletakkan bantal peluk atau mainan kesukaannya disampingnya.

 5  Sediakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk tidur iaitu jangan terlalu ketat, panas dan tipis.

 6  Jika anak sudah mengantuk, anda boleh tinggalkan untuk anak belajar tidur sendiri tanpa bergantung kehadiran ibu atau bapa.


JIKA CARA DI ATAS TIDAK BERJAYA...

 7  Ajak anak kembali ke tempat tidurnya. Jangan biarkan dia berlama-lama di bilik anda.

 8  Selidik perkara yang membuatkan anak tidak mahu tidur di biliknya. Jiak dia takut kerana gelap, anda boleh memasang lampu malap di biliknya.

 9  Jika anak-anak tiba-tiba menangis tunggu beberapa minit terlebih dahulu baru anda dapatkannya, dengan itu dia lebih berdikari.

10 Kalau anak terus menangis dan memanggil anda setiap kali selepas ditinggalkan, tunggu beberapa saat, sebelum anda melihat situasinya.

11 Beritahu dengan tegas tetapi lembut bahawa ia adalah masa untuk mereka tidur, lama kelamaan mereka boleh memahaminya.



Sumber dari majalah nur

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..