Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

20 February 2014

Resepi Percik Ikan Kembung

Assalamualaikum semua.. Lama betul tak berkongsi ilmu dan info yer.. Maaf lah tak sempat nak cari bahan dan berkongsi kat sini.. Ari nih tengok resepi nih jadi terliur plak nak makan.. Hehehe..

Cuaca panas melampau sekarang nih kekadang mengundang rasa tiada selera untuk makan.. Saya sejak akhir-akhir nih selalu jugak jadi tak selera nak makan sesuatu.. Ari nih tetiba tengok resepi nih, terasa membuka sedikit selera yang memang agak kureng..





Bosan juga kalau asyik makan ayam hari-hari, jadi dikongsikan menu yang menggunakan ikan pula, Percik Ikan Kembung. Bagi resepi ini pastikan kuah percik dibiarkan lama sehingga kuahnya menjadi pekat dan naik minyak.

Meh tengok resepinya..

Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung
1 biji kelapa | diambil santannya
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan cili boh
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan bahan perasa
secukupnya
 
Cara Membuatnya:
  • Bersihkan ikan dan panggang hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan cili boh dan biarkan hingga garing.
  • Masukkan santan bersama serbuk kunyit dan juga serai.
  • Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
  • Angkat dan curahkan ke atas ikan yang siap dipanggang dan hidangkan. 




 Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/percik-ikan-kembung-1.252848



25 November 2013

Resepi Pajeri Nenas

Assalamualaikum semua.. Tetiba tengok menu nih sedap plak rasa.. Yelah makan plak ngan nasi panas2 ngan ikan masin.. Wuishh memang terangkat la.. Tak payah lauk banyak2 pajeri nenas ngan ikan masin pun dah memenuhi selera.. Terliur plak rasa, menitik2 air liur nih.. Hahaha..
 
Pajeri nanas sangat terkenal pada musim kenduri kahwin, tetapi menu ini juga sesuai di makan bersama keluarga di rumah. Bagi yang ingin mencuba anda boleh menggunakan resepi yang dikongsikan kali ini.




Bahan-bahan:


Tiga hirisan nanas } dibersihkan

2 sudu makan kerisik

10 ulas bawang merah } dikisar halus

50gm udang kering }

2 batang serai dititik

2 helai daun kari

Satu sudu rempah kari ikan

Sedikit bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis



Cara Menyediakannya:

  • Tumiskan bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari ikan, udang kering yang dikisar dan secawan air, kacau sehingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan potongan nenas, kerisik dan gula kabung.
  • Perlahankan api, biarkan selama 15 minit, dikacau berseli sehingga nenas masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/pajeri-nenas-1.213502




19 November 2013

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi dan Kerang

Assalamualaikum semua.. Sejak akhir-akhir ni saya banyak berkongsi resepi yang saya jumpa dalam internet.. Bukan apa ada resepi yang lama tak masak, tetiba jadi teringin nak makan kan.. Sesaja la nak berkongsi dengan kengkawan kat luar sana selain simpan untuk panduan diri sendiri nanti.. Ok la jom terjah apa yang ada..




Cuba hidangkan masakan masak lemak cili api pula untuk menu hari ini. Mungkin ahli keluarga anda suka dengan menu kali ini, Masak Lemak Pucuk Ubi & Kerang. Jom, tengok bahan-bahan mudah yang anda perlu ada untuk menu ini.
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Bahan ditumbuk lumat
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
 
Cara untuk memasak :
 
  • Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .
  • Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kurangkan cili api jika tidak mahu pedas.
  • Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping .
  • Kacau semua bahan dan masak kuah sehingga mendidih.
  • Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap .
  • Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Apabila pucuk ubi dah masak, tutup api dapur.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/masak-lemak-pucuk-ubi-kerang-1.215521



14 November 2013

Resepi Kek Aiskrim

 


Pasti ada yang teringin membuat kek aiskrim sendiri. Jadi kali ini dikongsikan satu resepi kek istimewa dari Genting Strawberry Farmhouse yang dibuka seawal 9 pagi hingga 7 malam. Menyajikan hidangan enak pencuci mulut, minuman sejuk dan panas malah lauk pauk berasaskan strawberi dan cendawan.
  
  
Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung kek            }
½ sudu kecil serbuk penaik     } diayak
½ sudu kecil garam                 }
¼ cawan mentega tanpa garam
¾ cawan gula kastor
1 biji telur gred A
½ sudu kecil esen vanila
½ cawan mentega susu
½ sudu kecil cuka makan
½ sudu kecil soda penaik
1 bekas aiskrim perasa strawberi
 
Cara membuat:
  • Pukul mentega tanpa garam hingga kembang. Kemudian, masukkan gula dan putar sampai gebu. Masukkan pula telur dan pukul sampai sebati.
  • Setelah itu, masukkan tepung kek dan mentega sedikit demi sedikit sampai sebati.
  • Dalam bekas berasingan, campurkan cuka dan soda penaik hingga berbuah lalu tuangkan ke dalam adunan sebelumnya.
  • Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
  • Bakar pada suhu 175 darjah Celsius selama 30 minit.
  • Biarkan kek menjadi sejuk. Lalu masukkan aiskrim strawberi di dalamnya lalu bekukan kek di dalam peti sejuk kira-kira 8 jam.
  • Setelah itu, keluarkan kek dari loyang dan hiaskan dengan aising kek.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/kek-aiskrim-1.163099

06 November 2013

Resepi Sotong Bakar

Assalamualaikum semua.. Mesti ada di antara kita sukakan sotong bakar.. Sebenarnya tidak susah untuk sediakan sotong bakar nih.. Cuma bahan untuk menyedapkannya yang kita kurang ketahui.. Meh layan resepi kali nih..




Hendak buat sotong bakar senang, tetapi mungkin masih ramai yang tidak tahu bahan-bahan atau perasa untuk menjadikan sotong yang dibakar lebih sedap daripada biasa. Jom cuba bahan-bahan sotong bakar kali ini!



Bahan-bahan:


2 tangkai serai (ditumbuk lumat)

Sedikit halia (tumbuk)

Seulas bawang putih

3-4 ulas bawang merah

Cili kering (kisar) / cili boh

Serbuk kari 1-2 sudu besar

Sedikit serbuk kunyit

Serbuk lada hitam..

Garam secukup rasa

Air asam jawa atau air perahan asam limau



Cara Membuat:


  • Tumbuk semua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada sotong.
  • Perap selama 30 minit.
  • Kemudian anda boleh panggang.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/sotong-bakar-1.213700



29 October 2013

Resepi Mi Kuah Siam

Assalamualaikum.. Hari ni nak berkongsi resepi.. Penah dengar Mi Kuah Siam nih, tapi tak pernah pun makan.. Tengok gambar nih macam sedap jer.. Bahan pun tak la sesusah mana sangat.. Boleh la sesekali nak bertukar selera kan..




Jemu juga asyik makan menu yang sama. Jadi kali kita jengah resepi dari Selatan. Resepi pilihan kali ini adalah Mi Kuah Siam yang sangat mudah untuk disediakan. Anda boleh mencuba untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga tersayang.



Bahan-bahan

400 gram bihun – direndam dan tos



Bahan A untuk kuah (dikisar)

2 kilogram bawang besar } siap dikisar

1 kilogram bawang putih }

10 batang serai

10 tangkai cili kering

¼ kilogram udang kering

¼ kilogram ikan bilis



Bahan B

6 keping asam keping

1 liter air

2 sudu besar taucu

Garam dan gula secukup rasa





CARA MEMBUAT KUAH :

  • Tumis bahan sehingga naik minyak.
  • Kemudian campurkan Bahan B dan biarkan sehingga mendidih. Ketepikan.
  • Untuk menyediakan mi siam terlebih dahulu tumis bawang besar sehingga naik bau.
  • Ambil sesenduk rempah kuah Siam di atas dan digoreng bersama bihun (boleh ditambah taucu jika mahu).
  • Bihun yang sudah digoreng diletak dalam mangkuk dan dicampurkan bersama kuah mi Siam tadi seperti sup.
  • Hias dengan tauge, daun bawang, bawang goreng dan daun sup.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/mi-kuah-siam-1.209962

25 October 2013

Resepi Gulai Kulat Sisir & Pisang Muda

Assalamualaikum semua.. Macam sedap jer ala masakan kampung nih.. Gulai pisang muda penah la makan.. Ni tambah plak kulat sisir.. Macam sedap jer rasa.. Meh kita tengok resepi yang dapat nih..


 
 
Macam-macam cara kulat sisir boleh dibuat, namun kali ini ingin kongsikan resepi Gulai Kulat Sisir bersama Pisang Muda. Mungkin ada yang belum pernah makan, jadi bolehlah guna resepi ini!



Bahan-bahan:

1 sisir pisang muda (cm guna pisang emas muda)

2 cawan kulat sisir yang kering, rendam hingga kembang

2 batang serai, dititik

1 keping asam gelugor

6 - 7 ketul tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam

1200 ml santan cair

500 ml pati santan

Garam dan gula secukup rasa



Bahan-bahan Kisar

1 biji bawang besar

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1/2 inci belacan

1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam

2 biji cili merah

15 biji cili padi kampung (warna hijau)



Cara Menyediakannya:

  • Pisang muda dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang dicampur dengan asam gelugor.
  • Cendawan terkukur dibersihkan, tos dan perah. Kemudian tumbuk sedikit, pastikan tidak hancur. Ketepikan.
  • Masukkan bahan-bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan pisang (toskan).
  • Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih. Masak hingga pisang 1/2 empuk.
  • Tambah cendawan dan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih.
  • Tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (Guna serbuk perasa juga boleh).
  • Kacau dan biar masak dengan api kecil hingga pisang empuk, kacau selalu.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/gulai-kulat-sisir-pisang-muda-1.213502


18 October 2013

Resepi Gulai Sotong Sumbat




Pastinya ramai penggemar masakan Padang atau Minangkabau di negara kita. Hidangan yang hampir sama dengan lauk pauk masyarakat Melayu membolehkan ia diterima ramai. Malah untuk menikmati masakan ini juga mudah. Jom cuba salah satu resepi masakan Padang, Gulai Sotong Sumbat.
 
Bahan-bahan:
6 ekor sotong besar
6 biji telur rebus
1 sudu makan rempah kari
300 ml santan
200 ml air
1 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit lidi
 
Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai
 
Cara Membuat:
  • Masukkan air, santan, bahan kisaran dan rempah kari dalam periuk. Kacau rata ketika memasak dan biarkan sebentar.
  • Sementara itu, masukkan telur rebus di dalam perut sotong dan tutup badan sotong dengan kepalanya. Sematkan dengan lidi supaya kepala sotong tidak tercabut ketika dimasak.
  • Selepas kuah mula mendidih, masukkan air asam jawa dan semua sotong.
  • Tambah garam secukup rasa. Sedia dinikmati.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/gulai-sotong-sumbat-1.208114



11 October 2013

Resepi Ikan Terubuk Air Asam

Assalamualaikum semua.. Sebenarnya letak entry nih sebab suka sangat ngan ikan terutamanya ikan bakar makan ngan air asam.. Lama tak buat ikan bakar.. Kecur lidah nengok resepi nih.. Jom kita buat ujung minggu nih.. Kena plak ikan yang fresh lagi la sodap kan.. Hahaha..




Sedap pula tengok warna ikan terubuk ini selepas dibakar. Itu belum rasa air asam ikan terubuk ini lagi. Anda boleh mencuba resepi mudah kali ini dengan air asam istimewa di dapur rumah anda. Tidak perlu mencari di kedai-kedai makan, malah keluarga anda boleh turut menjamu selera dengan masakan air tangan anda kali ini. Selamat mencuba!



Bahan-bahan:

2 ekor ikan terubuk - dibersihkan

Garam

Serbuk kunyit secukupnya



Cara Membuat:

  • Potong ikan menjadi dua serta digaul garam kunyit.
  • Panaskan grill pan atau kuali leper serta masukkan minyak secukupnya dalam 2-3 sudu besar minyak masak supaya ikan tidak melekat pada pemukaan kuali.
  • Guna api sederhana besar supaya ikan masak dengan sekata.
  • Buka tutup periuk dan terbalikkan ikan.
  • Jika sudah masak, ikan bolehlah diangkat.

AIR ASAM KERISIK

 
Bahan-bahan:
 
4-5 Cili merah (Boleh dicampur cili api jika anda suka pedas)
1 biji bawang besar
Sedikit Air asam jawa
Sedikit belacan bakar
Kerisik secukupnya
Garam dan Gula

 
Cara Membuat:
  • Cili merah dipotong nipis-nipis kemudian masukkan dalam mangkuk.
  • Bawang merah dimayang nipis, masukkan ke dalam bekas berisi cili merah.
  • Masukkan kerisik dan belacan secukup rasa ke dalam mangkuk tadi.
  • Ramas asam jawa dengan air masak secukupnya dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk.
  • Kemudian masukkan gula, garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.






08 October 2013

Resepi Nasi Arab Kambing

Assalamualaikum semua.. Tengah membaca tetiba tertengok resepi nih.. Macam menarik.. Pas tuh apa lagi, berkongsi laa.. Bukan apa nyimpan jugak resepi2 nih mana la nak tau tergerak ati nak masak kan..
 

 


Mencari kelainan untuk memasak hidangan? Anda boleh mencuba resepi Nasi Arab Kambing yang mungkin mampu mencuri hati anak-anak dan suami tersayang di rumah. Hidangan ini juga sesuai untuk dijamu kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah anda. Selamat mencuba!
 
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing – potong sederhana
2 kg beras basmathi
1 tin kecil minyak sapi
3 biji bawang merah    }
3 ulas bawang putih    } hiris
2 ulas halia                  }
1 tin susu cair
1/2 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan rempah beriani
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
 
Cara membuat:
1.      Rebus daging kambing hingga empuk.
2.      Tumiskan bahan yang telah dihiris bersama bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis menggunakan minyak sapi hingga kuning.
3.      Masukkan air rebusan kambing sebanyak tiga cawan.
4.      Masukkan beras bersama susu cair, perahan limau nipis, garam dan rempah beriani. Kacau hingga rata.
5.      Masukkan daging kambing. Biar hingga masak.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/nasi-arab-kambing-1.208179




01 October 2013

Kebab Daging Dan Buah

Assalamualaikum semua.. Menarik kan tengok resepi nih.. Rs mcm nk cuba jer..tapi bahan2nya mungkin da yg tak letak laa.. Ikut selera sendiri kan.. Apapun untuk korang yang ingin mencuba resepi ni, Meh jenguk kat bawah nih..
 

 

Anda terasa hendak makan selain daripada nasi? Apa kata cuba resipi mudah berkhasiat ini. Anak suka, ibu pun gembira.
 
Bahan-bahannya:
 
300 gm daging kisar
1 biji telur
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
100 gm nenas manis
1 biji epal merah -didadu
1 biji epal hijau -didadu
5 batang lidi buluh satay
 
Cara menyediakannya:
 
1. Gaulkan kesemua bahan mentah di dalam mangkuk sehingga sebati.
2. Kemudian kepal-kepalkan menjadi bulat sebesar ibu jari.
3. Cucukkan pada lidi dan selang-selikan dengan buah-buahan yang didadu.
4. Panggang selama 20 minit dan hidangkan.




Sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/kebab-daging-dan-buah-1.205544



10 September 2013

Resepi Kentang Bakar

Ada kanak-kanak yang langsung tidak boleh makan nasi. Jangan bimbang kerana tidak semestinya mereka tidak makan nasi, kanak-kanak tersebut kekurangan zat makanan. Pelbagaikan hidangan yang memiliki nutrisi yang sama dengan nasi (karbohidrat).
 
 
 
 
Masa: 50 minit

 

Hidangan: 4

 

Bahan-bahannya:

 

*2 biji kentang bersaiz besar

 

*100 gram daging cincang

 

*20 gram bawang merah

 

*20 gram bawang putih

 

*1 sudu makan pes tomato

 

*40 ml minyak zaitun

 

*Sedikit campuran jagung dan lobak

 

*Sedikit serbuk oregano

 

Cara membuatnya:

 

1.      Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.

 

2.      Masukkan daging cincang dan pes tomato. Gaul rata.

 

3.      Tambahkan sedikit air dan garam.
 
4.      Masuk campuran jagung dan lobak serta sedikit oregano.

 

5.      Bakar kentang yang telah dicuci bersih dalam ketuhar pada suhu 180 C sehingga empuk.

 

6.      Kelar kentang dan masukkan sos daging yang dimasak tadi. Siap dihidang.




02 September 2013

Resepi Omelet Berkeju

Assalamualaikum semua.. Dah bersarapan pagi nih??? Saya dah bersarapan.. Ermmm korang kekadang ada tak rasa tak tahu nak sediakan sarapan pagi apa untuk si manja.. Apa kata hari ni kita cuba buatkan omelet berkeju plak.. Makan bersama roti pun sedap jugak..



Masa penyediaan: 10 minit

 

Hidangan: 2 orang
 
Bahan-bahannya:

 

·         3 biji telur

·         1 mangkuk kecil hirisan keju

·         3 sudu kecil susu segar

·         Garam dan lada hitam secukup rasa

·         Untuk hiasan sediakan beberapa potongan daun bawang, salad dan tomato merah

 

 

Cara membuatnya:

 

1.         Pukul telur dan campurkan garam, lada hitam dan susu segar. Pukul sehingga sebati.

2.         Panaskan  kuali tanpa lekat dan tambahkan sedikit minyak masak. Gunakan api yang sederhana.

3.         Tuangkan bancuhan tadi. Masukkan taburkan keju di atasnya. 

4.         Kacau omelet setelah separuh masak supaya kelihatan hancur. 

5.         Sedia dihidangkan untuk sarapan pagi si manja.
 
 
 
 
 
 
 
 

08 August 2013

Soto Lemak

 
 


Sudah ada menu untuk hidangan tetamu yang bakal menziarahi rumah anda pada hari raya nanti? Jika anda masih tercari-cari resepi yang berbeza untuk juadah daripada sebelumnya, Mingguan Wanita ingin kongsikan resepi raya, Soto Lemak yang enak dan sangat mudah. Pasti ramai tetamu yang berselera menjamu selera dengan masakan raya anda tahun ini. Jom, cuba! 

 

Bahan-bahan:

Nasi impit } siap direbus

1 ekor ayam – direbus

1/2 cawan santan

3 biji bawang merah   }

3 ulas bawang putih   }

2 inci halia                    }

2 inci lengkuas            } dikisar

1/2 inci kunyit               }

8 biji buah keras        }

5 tangkai cili padi

2 helai daun salam

2 helai daun limau purut

 

Bahan Hiasan:

Tauge

Daun sup – dihiris

Kacang goreng

Tauhu – dihiris

Isi ayam – disiat halus

 

Cara Menyediakannya:

  • Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  • Setelah naik bau, masukkan daun limau purut dan daun salam.
  • Masukkan tiga mangkuk air dan ayam.
  • Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
  • Untuk menghidangkannya, masukkan nasi impit bersama bahan iringan. Masukkan  sup soto.






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/soto-lemak-1.190212


28 July 2013

Resepi French Toast Mentega Kacang

Assalamualaikum semua.. Dah banyak ari berpuasa dan bersahur nih, mungkin ada di antara kita dah tak tahu nak makan apa untuk sahur nanti.. Boleh cuba resepi yang disediakan nih.. Ianya juga boleh bagi sesiapa yang bangun lewat untuk menyediakan sahur.. Boleh saja mencuba resepi yang simple nih..
 
Selain itu, bahan sapuan di dalam roti juga boleh diubah mengikut kegemaran masing-masing.. Yelah mungkin ada yang kurang meminati mentega kacang boleh ditukarkan dengan butter dan sekaya.. 
 

 


Makanan jejari atau finger food patut diberi kepada anak yang berusia setahun ke atas. Ia sesuai dijadikan snek enak yang berkhasiat. 
 
Masa:  15 minit
 
Hidangan: 3 orang
 
Bahan-bahannya:
 
6 keping roti
3 biji telur
3 sudu makan mentega kacang
2 sudu makan jem strawberi
 
Cara menyediakannya:
 
1. Potong roti tadi menjadi segitiga dan sapukan kepingan pertama dengan mentega kacang. Tutup dengan roti sekeping lagi.
 
2. Sapukan roti kedua dengan jem dan ditutup dengan roti ketiga.
 
3. Pukul telur dengan sedikit garam dan celupkan roti tadi.
 
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.





Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/french-toast-mentega-kacang-1.184429




24 July 2013

Sup Kentang Lemak Berkrim

Assalamualaikum semua.. Sahur nanti makan roti cicah sup pun best jugak kan.. Tak pun makan roti cicah air ke tak pun mushroom soup cicah garlic bread.. Uishh yang macam kat pizza hut tuh.. Ermm terliur la plak nak makan.. Hehehe.. Apapun resepi dari majalah Pa & Ma ni pun tak kurang sedapnya.. Hampir setanding mushroom soup jugak.. Jom jengah resepi kali nih..
 
 
 
 
Kanak-kanak amat menggemari hidangan sup. Jika sudah bosan memasak sup ayam atau sup sayur-sayuran apa kata kali ini cuba buat sup kentang berkrim. Pasti digemari si kecil.


Masa: 40 minit

Hidangan: 5 orang


Bahan-bahannya:

· 250 gram kentang dipotong

· 25 gram mentega

· 1 kiub ayam

· Sedikit serbuk oregano

· Sedikit garam

· Sedikit serbuk lada hitam

· 100 ml susu cair

· Air panas dari rebusan kentang secukupnya

· Sedikit daun sup dihiris halus


Cara membuatnya:

1. Rebus kentang sehingga empuk. Kisar kentang menggunakan sedikit air rebusan hingga hancur.

2. Panaskan mentega hingga cair. Masukkan kentang yang sudah dikisar. Kacau rata lepas itu masukkan kiub ayam, baki air rebusan kentang, garam, serbuk lada hitam dan oregano.

3. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan susu cair, hirisan daun sup. Kacau hingga sebati dan kuah agak pekat.

4. Siap dihidang. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan roti garlic.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

22 July 2013

Resepi Siakap Stim




Lauk apa yang menjadi pilihan anda hari ini? Ada yang masak ikan siakap? Atau ada yang mahu masak ikan siakap tetapi tidak tahu cara. Di sini ada disediakan resepi mudah, Ikan Siakap Stim yang paling cepat dan mudah!


Bahan-bahannya:
2 inci halia
3 batang serai
6 biji cili padi
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
2 ulas bawang putih jeruk
6 biji buah plum
1 sudu makan sos tiram
1 biji limau nipis
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  • Rebus ikan sehingga separuh masak dan guna air rebusan untuk mengukus ikan.
  • Letakkan ikan di dalam bekas pengukus dan masukkan semua bahan ke dalam bekas pengukus.
  • Kukus ikan sehingga masak dan hiaskan dengan daunan segar. Siap!






Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/siakap-stim-1.176068

19 July 2013

Bubur Biji Nangka

 



Kalau orang yang berasal dari negeri Kelantan, pasti tahu pemanis mulut yang paling laris di bulan puasa ini. Bubur biji nangka atau lebih dikenali dengan nama ‘Kuih Butir Nangka’ memang sedap dihidangkan waktu kita hendak berbuka puasa, tambahan pulan kalau dibiarkan sejuk dahulu di dalam peti ais sebelum makan. Resepi ini, kuih biji nangka yang dimasukkan sedikit buah nangka untuk membangkit aroma buang nangka, jadi anda mungkin boleh mencuba dengan keunikan kuih biji nangka harum ini di rumah.


Bahan-bahan kuah:
3 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam - secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba


Cara memasak:
  • Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  • Untuk lebih kreatif, anda mungkin boleh masukkan sedikit buah nangka bagi membangkitkan bau harum buah nangka.
  • Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  • Masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.
  • Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak, kemudian api boleh ditutup.


Bahan-bahan biji nangka:
4 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam


Cara membuat:
  • Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk).
  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  • Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  • Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  • Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  • Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.
  • Kemudian angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Siap! Jangan lupa cuba hidangkan menu ini sewaktu bulan puasa ni, selain itu masak untuk menu petang pun sangat sedap!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

17 July 2013

Resepi Daging Lada Hitam

Assalamualaikum semua.. Resepi ni nampak sedap, boleh dinikmati bila dah kekeringan idea untuk menyediakan hidangan berbuka puasa nanti.. Resepi ini juga sesuai dinikmati oleh ibu yang sedang berpantang.. Meh kita tengok resepi yang ada nih..




Daging Lada Hitam

Masa: 60 minit

Hidangan: 3 orang

Bahan-bahannya:

*250 gram daging batang pinang dihiris nipis

*1 biji bawang besar (dihiris)

*5 ulas bawang putih (dihiris)

*2 sudu minyak masak

*1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)

*1 sudu besar kicap manis

*1 sudu besar kicap masin

Cara menyediakannya:

1. Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan dibuang air rebusan tadi.

2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3. Masukkan daging, kicam manis, kicap masin dan lada hitam. Gaul rata dan biarkan seketika.

4. Kemudian masukkan sedikit air rebusan tadi dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.

5. Taburkan lada hitam dan siap untuk dihidang.

INFO

· Daging lembu batang pinang kurang mengandungi lemak dan teksturnya lebih lembut.

· Protein sangat penting untuk ibu membina semula tisu-tisu badan yang mungkin rosak sewaktu menjalani proses bersalin.




Sumber dari Pa & Ma


14 July 2013

Resepi Ayam Percik Kelantan


 

Percik adalah antara masakan kegemaran ramai bagi orang Pantai Timur. Tambahan pula pada bulan Ramadhan, pelbagai jenis lauk percik yang akan dijual di kedai-kedai. Bagi yang rajin di dapur, percik pasti akan jadi salah satu pilihan anda dalam menu bulan Ramadhan.


Bahan untuk ayam:

1 ekor ayam - dipotong empat

4 ulas bawang putih

2 inci halia

4 batang serai } untuk menggalas periuk

Sedikit garam

 

Bahan untuk kuah percik :

2 cawan santan

2 inci halia       }dihiris halus

4 batang serai } dihiris halus

Sedikit garam dan gula

 

Cara penyediaan:

  • Kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tambahkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan kuah percik ini untuk sementara.
  • Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur. Masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini.
  • Selepas itu masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi. Aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit bahan kuah percik tadi ke atas ayam tersebut.
  • Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga ayam empuk.
  • Sambil itu, masak kuah percik tadi sehingga separa masak. Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul. Ketepikan.
  • Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.
  • Panggang ayam tersebut.
  • Seterusnya curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut. Bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering.
  • Tuang kuah percik ke atas ayam yang siap dibakar sebelum dihidangkan.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/ayam-percik-kelantan-1.180551