Sedap pula tengok warna ikan terubuk ini selepas dibakar. Itu belum rasa
air asam ikan terubuk ini lagi. Anda boleh mencuba resepi mudah kali ini dengan
air asam istimewa di dapur rumah anda. Tidak perlu mencari di kedai-kedai makan,
malah keluarga anda boleh turut menjamu selera dengan masakan air tangan anda
kali ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
2 ekor ikan terubuk - dibersihkan
Garam
Serbuk kunyit secukupnya
Cara Membuat:
- Potong ikan menjadi dua serta digaul garam kunyit.
- Panaskan grill pan atau kuali leper serta masukkan minyak secukupnya dalam 2-3 sudu besar minyak masak supaya ikan tidak melekat pada pemukaan kuali.
- Guna api sederhana besar supaya ikan masak dengan sekata.
- Buka tutup periuk dan terbalikkan ikan.
- Jika sudah masak, ikan bolehlah diangkat.
AIR ASAM KERISIK
Bahan-bahan:
4-5 Cili merah (Boleh dicampur cili api jika anda suka pedas)
1 biji bawang besar
Sedikit Air asam jawa
Sedikit belacan bakar
Kerisik secukupnya
Garam dan Gula
Cara Membuat:
- Cili merah dipotong nipis-nipis kemudian masukkan dalam mangkuk.
- Bawang merah dimayang nipis, masukkan ke dalam bekas berisi cili merah.
- Masukkan kerisik dan belacan secukup rasa ke dalam mangkuk tadi.
- Ramas asam jawa dengan air masak secukupnya dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan gula, garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.
Myra paling suka ikan terubuk goreng.. adehhh terliurnya...
ReplyDeletedah lama tak makan nieh :D
2 laaa lama betoi tak makan..2 yg jd terliur plak nak wat lepas tengok resepi nih..
Delete