Cuba hidangkan masakan masak lemak cili api pula untuk menu hari ini.
Mungkin ahli keluarga anda suka dengan menu kali ini, Masak Lemak Pucuk Ubi
& Kerang. Jom, tengok bahan-bahan mudah yang anda perlu ada untuk menu
ini.
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Bahan ditumbuk lumat
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
Cara untuk memasak :
- Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .
- Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kurangkan cili api jika tidak mahu pedas.
- Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping .
- Kacau semua bahan dan masak kuah sehingga mendidih.
- Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap .
- Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Apabila pucuk ubi dah masak, tutup api dapur.
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/masak-lemak-pucuk-ubi-kerang-1.215521
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..