Hendak buat sotong bakar senang, tetapi mungkin masih ramai yang tidak tahu
bahan-bahan atau perasa untuk menjadikan sotong yang dibakar lebih sedap
daripada biasa. Jom cuba bahan-bahan sotong bakar kali ini!
Bahan-bahan:
2 tangkai serai (ditumbuk lumat)
Sedikit halia (tumbuk)
Seulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
Cili kering (kisar) / cili boh
Serbuk kari 1-2 sudu besar
Sedikit serbuk kunyit
Serbuk lada hitam..
Garam secukup rasa
Air asam jawa atau air perahan asam limau
Cara Membuat:
- Tumbuk semua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada sotong.
- Perap selama 30 minit.
- Kemudian anda boleh panggang.
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/sotong-bakar-1.213700
Ok boleh try, semalam baru je beli sotong..hehee
ReplyDeleteMJ, try jgn xtry..sedap bgtau kawan2..hehehe..sesekali bertukar2 menu apa slhnya kan..ada jgk kelainannya..
Delete