Ada kanak-kanak yang langsung tidak boleh makan nasi. Jangan bimbang
kerana tidak semestinya mereka tidak makan nasi, kanak-kanak tersebut
kekurangan zat makanan. Pelbagaikan hidangan yang memiliki nutrisi yang
sama dengan nasi (karbohidrat).
Masa: 50 minit
Hidangan: 4
Bahan-bahannya:
*2 biji kentang bersaiz besar
*100 gram daging cincang
*20 gram bawang merah
*20 gram bawang putih
*1 sudu makan pes tomato
*40 ml minyak zaitun
*Sedikit campuran jagung dan lobak
*Sedikit serbuk oregano
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan daging cincang dan pes tomato. Gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air dan garam.
4. Masuk campuran jagung dan lobak serta sedikit oregano.
5. Bakar kentang yang telah dicuci bersih dalam ketuhar pada suhu 180 C sehingga empuk.
6. Kelar kentang dan masukkan sos daging yang dimasak tadi. Siap dihidang.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..