18 October 2013

Resepi Gulai Sotong Sumbat




Pastinya ramai penggemar masakan Padang atau Minangkabau di negara kita. Hidangan yang hampir sama dengan lauk pauk masyarakat Melayu membolehkan ia diterima ramai. Malah untuk menikmati masakan ini juga mudah. Jom cuba salah satu resepi masakan Padang, Gulai Sotong Sumbat.
 
Bahan-bahan:
6 ekor sotong besar
6 biji telur rebus
1 sudu makan rempah kari
300 ml santan
200 ml air
1 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit lidi
 
Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai
 
Cara Membuat:
  • Masukkan air, santan, bahan kisaran dan rempah kari dalam periuk. Kacau rata ketika memasak dan biarkan sebentar.
  • Sementara itu, masukkan telur rebus di dalam perut sotong dan tutup badan sotong dengan kepalanya. Sematkan dengan lidi supaya kepala sotong tidak tercabut ketika dimasak.
  • Selepas kuah mula mendidih, masukkan air asam jawa dan semua sotong.
  • Tambah garam secukup rasa. Sedia dinikmati.





Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/gulai-sotong-sumbat-1.208114



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..