Jemu juga asyik makan menu yang sama. Jadi kali kita jengah resepi dari Selatan. Resepi pilihan kali ini adalah Mi Kuah Siam yang sangat mudah untuk disediakan. Anda boleh mencuba untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga tersayang.
Bahan-bahan
400 gram bihun – direndam dan tos
Bahan A untuk kuah (dikisar)
2 kilogram bawang besar } siap dikisar
1 kilogram bawang putih }
10 batang serai
10 tangkai cili kering
¼ kilogram udang kering
¼ kilogram ikan bilis
Bahan B
6 keping asam keping
1 liter air
2 sudu besar taucu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH :
- Tumis bahan sehingga naik minyak.
- Kemudian campurkan Bahan B dan biarkan sehingga mendidih. Ketepikan.
- Untuk menyediakan mi siam terlebih dahulu tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Ambil sesenduk rempah kuah Siam di atas dan digoreng bersama bihun (boleh ditambah taucu jika mahu).
- Bihun yang sudah digoreng diletak dalam mangkuk dan dicampurkan bersama kuah mi Siam tadi seperti sup.
- Hias dengan tauge, daun bawang, bawang goreng dan daun sup.
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/mi-kuah-siam-1.209962
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..