Hitam hitam si tompok manggis. Hitam di luar, putih di dalam. Buah manggis terkenal sebagai buah yang kaya dengan kandungan anti oksidan yang cukup tinggi dan banyak khasitnya untuk kesihatan.

Salah satu kandungan di dalam buah manggis adalah zat folat yang bermanfaat sebagai pencegah kecacatan pada janin. Zat folat ini dapat mengurangkan risiko kelahiran cacat seperti kelainan tulang belakang, bibir sumbing, masalah jantung, dan kelainan lain.

Buah manggis juga mengandungi zat mangan yang sangat berguna untuk membentuk sistem kerangka serta tulang rawan semasa pertumbuhan janin. Zat mangan ini bersifat anti oksidan yang dapat membantu bayi serta ibu hamil daripada kerosakan sel.

Vitamin C dalam buah manggis juga baik untuk menjaga sistem kekebalan tubuh ibu hamil. Vitamin C juga dapat menjaga keanjalan kulit ibu hamil yang tetap sihat walau mengalami regangan seiring dengan pertumbuhan bayi.





Sumber dari http://pama.karangkraf.com/petua/si-manggis-kaya-khasiat-1.200916