14 December 2012

Rumah Sarang Penyakit???

Assalamualaikum semua.. Semenjak dua menjak ni aku dah jarang update blog info aku nih kan.. Sori lerr sejak bertukar tempat keja nih, makin bz aku ngan keja.. Tapi bila aku berkesempatan update, aku akan update banyak2 skali.. Aku wat auto publish.. Hahaha tak nampak sangat kan aku ni jarang update blog.. Apapun aku akan cuba cari bahan yang boleh dikongsi bersama hasil pembacaan aku secara sengaja atau tak sengaja dalam internet, majalah, surat khabar, ntah mana2 lagi la yang aku baca.. Ilmu kan bagus untuk dikongsi.. Aku publish dalam blog ni pun untuk rujukan diri sendiri jugak.. Boleh refer bila2 masa yang diperlukan.. Hai berceloteh panjang plak aku kali nih.. Jom baca hasil pembacaanku kali nih..


Rumah Sarang Penyakit???


Betulkah rumah yang kita duduki kini merupakan sarang penyakit??? Bukan habuk ja yang boleh menyebabkan penyakit, malah kemasan gam dari perabut atau kertas dinding dalam rumah boleh menyumbangkan penyakit..

Formaldehid adalah gas tanpa warna, berbau kuat, larut air dan mempunyai jisim yang sama seperti udara. Ia sangat mudah meruap dalam suhu sekeliling atau kelembapan tinggi dan mudah terkumpul dalam bangunan tumpuan ramai.

Di negara maju, formaldehid sudah lama dikenal pasti sebagai bahan pencemar memudaratkan kesihatan dan pendedahan kepadanya dikawal ketat. 


"Jika kita terdedah dengan Formaldehid dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam paru-paru untuk menghasilkan penumonia dan bengkak paru-paru," Syazwan Aizan Ismail, Pennsyarah Unit Pekerjaan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia.

Gerunkan dengar statement nih.. Jadi di sini disertakan info berkaitan Formaldehit..


Dari mana datangnya Formaldehid di dalam rumah kita?


INFO: Formaldehid

* Bahan kimia industri biasa dan Volatile Organic Compound (VOC), di mana perabot kayu, disinfeksi, gam dan bahan penebat.

* Produk ini menghasilkan formaldehid sebagai gas tidak berwarna. Formaldehid wujud di udara. Sumber formaldehid menghasilkan formaldehid untuk tempoh yang lama, kadangkala bertahun.

* Tahap formaldehid boleh mencecah lebih 0.03 bahagian per juta sekiranya rumah/bangunan dipenuhi perabot kayu dan permaidani.

* Formaldehid biasanya muncul di mana saja termasuk rumah. Tahap kandungannya yang tinggi di udara boleh mengakibatkan mata berair, batuk dan nafas berbunyi serta gatal hidung dan tekak.

* Asap rokok adalah penyumbang terbesar formaldehid untuk udara dalaman. Sama ada perokok atau penghidu asap rokok, keduanya-duanya terdedah dengan tahap formaldehid yang berbahaya.

* Satu dalam lima orang adalah sensitif terhadap formaldehid dan akan menunjukkan simptom walaupun pada tahap pendedahan yang rendah.


Panduan mudah

* Benarkan aliran udara berlaku di dalam rumah dengan membuka pintu dan tingkap pada hujung minggu.
* Elakkan menggunakan perabot dan kertas dinding banyak menggunakan gam.
* Pilih perabot dan peralatan rumah praktikal dan tidak mudah memerangkap habuk.
* Kerap membersihkan rumah.
* Elakkan pewangi rumah daripada bahan kimia sebaliknya pilih tumbuhan-tumbuhan seperti pandan dan serai wangi.
* Bau hapak boleh dihapuskan dengan penggunaan arang.





Sumber dari akhbar berita harian 13 Disember 2012 - tapi dengan sedikit editan dari ku..




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..