27 December 2012

Petua Menghalau Semut Di Rumah

Rumah saya ada masalah dengan kehadiran semut hitam yang tanpa diundang.. Pantang tumpah makanan atau air apa-apa, kejap jer semut hitam ni kerumun.. Nak letak makanan pun takut kena kerumun dengan semut.. Mau tak mau mencari jugak petua yang boleh digunakan untuk menghalau kehadiran semut yang tidak diundang nih..
Petua 1: Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2: Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3: Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4: Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5: Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6: Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 6 : Letak kulit timun berdekatan sarangnya atau laluannya..


 
 
 
 

1 comment:

  1. Saya ada mengedar penyembur serangga BUKAN racun. boleh hubungi saya jika berminat.. http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Penyembur%20Serangga

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..