26 December 2012

Petua Tampil Berseri



Wajah semakin berseri
Inginkan wajah berseri? Caranya mudah sahaja. Ambil satu mangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya. Kemudian, goreng tanpa minyak sampai hangus dan tumbuk atau kisar kering sehingga menjadi serbuk. Simpan di dalam bekas. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, barulah dicuci muka.

Lebatkan bulu kening
Bakar dua biji buah keras sehingga hitam. Kemudian tumbuk halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Bersihkan dengan air pada keesokan harinya. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik.

Bibir merekah
Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.

Tegangkan kulit muka
Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air. Kacau rata tetapi jangan terlalu cair. Sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci.

Rawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Gaul sebati bancuhan tersebut. Sapukan  pada kulit sekali sehari.



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..