19 April 2012

Panduan Bergaya Dengan Pemakaian Kasut


 1  Kerja atau rasmi
Bergantung kepada pekerjaan seseorang. Jika bertugas dalam bidang profesional atau di pejabat, sama ada, setiausaha, kerani, eksekutif pemasaran, peguam atau apa saja, kasut perlu nampak lebih formal dan selesa. Walaupun tugasan menuntut kita ke sana dan ke sini, gaya kasut perlu seimbang dengan kerjaya seseorang walaupun sedikit mengalami rasa sakit atau lenguh pada betis. jenis yang sesuai - pump atau platform, pointy toe pump dan slipe,
  • Ketinggian - bergantung kepada keselesaan individu sekurang-kurangnya satu inci setengah.
  • Warna - lebih kepada rona gelap, hitam, coklat dan putih dan material sesuai - kulit sintetik, satin dan patent (jenis keras dan berkilat)
  • Beg tangan yang sesuai - ringkas tetapi menarik dan mudah dipadankan.
    Jenis tote (mempunyai dua tali pemegang di atas tengah beg) mempunyai poket yang berbagai fungsi - untuk meletak buku nota, komputer riba, beg duit, set solekan, pen, kunci, telefonbimbit dan aksesori lain.


      2  Untuk majlis makan malam rasmi dan eksklusif
    Jenis makan malam rasmi bersama pelanggan korporat. Makan malam bersama kekasih hati. Ini bergantung kepada tema acara majlis dan lokasi majlis diadakan.

    Jika diadakan di hotel atau restoran eksklusif boleh memilih koleksi kasut lebih menyerlah seperti kasut tumit tinggi yang mempunyai batu kristal.
     

    Tetapi, janganlah menggayakan koleksi itu di gerai makan biasa atau di tepi jalan. Nampak pelik dan tidak sesuai sebaliknya lebih ringkas jika kasut ringkas seperti sandal rata atau kasut tanpa tumit.
  • Jenis - pump, bertumit halus yang mempunyai kilauan manik kristal, bercahaya, bermanik atau berlabuci Ketinggian - mengikut keselesaan sekurang-kurangnya dua inci untuk tampil yakin dan menyerlah.
  • Warna - terang atau paling selamat berwarna hitam
  • Material - satin, sequine, lace dan suede
  • Beg tangan yang sesuai - jenis genggam atau bimbit berkilauan dengan batu permata atau kristal. Rona sama dengan kasut dipakai untuk keserasian.
    Lebih kecil beg itu lebih baik untuk majlis sedemikian. Tujuan bagi meletakkan kunci kereta, sebatang gincu dan telefon bimbit.


      3  Parti malam

    Wanita gemar berparti tidak semesti di kalangan awal 20-an. Rata-rata wanita moden pada usia lingkungan 40an atau 50-an yang terdedah dengan dunia sosial turut menghadiri acara parti pada waktu malam. Mungkin sekadar bertemu rakan dan mengurangkan tekanan kerana tugasan yang banyak. Acara seperti ini juga tidak boleh silap dalam pemilihan kasut.

    Malam hari yang gelap, tumit tinggi yang disarungkan boleh menyerlahkan kehadiran seseorang. Juga bergantung kepada saiz badan dan keselesaan, kasut memberi keseimbangan yang tepat jika memerlukan kita berdiri terlalu lama, apatah lagi yang mahu menari. Lebih tinggi dan lebih seksi.
  • Jenis - kasut bertumit tinggi, platform jenis seksi dan berkilauan. Ketinggian - empat inci ke atas untuk jenis platform sementara sekurang-kurangnya tiga inci setengah (bukan platform)
  • Warna - semua warna terang mahupun gelap boleh digayakan termasuk bermotifkan cetakan kulit binatang
  • Material - jenis satin dan suede
  • Beg tangan yang sesuai - jenis genggam atau beg tangan bersaiz kecil atau sling (simpang pada bahu) bergaya funky dan bergaya. 

     4  Kasual dan santai

    Lazimnya ramai wanita gemar memakai kasut bertumit tinggi. Namun ada ketikanya mahu merehatkan kaki terutama pada hujung minggu dengan menyarungkan saja dengan selipar atau kasut tidak bertumit supaya pergerakan lebih lancar, selesa dan santai.
  • Jenis - wedges dan flatty (bertutup
    atau separa terbuka, sandal atau selipar)
    Ketinggian - maksimum ketinggian
    tiga inci (wedges) atau tanpa tumit (flatty)
  • Warna - pelbagai warna, motif berbunga, berbelang atau abstrak
  • Material - kulit dan kulit sintetik
  • Beg tangan - boleh gayakan jenis tote,
    sling ataupun sandang dari motif sama dengan kasut atau rona kontra.                                            
Jenis kasut dan gaya
  • Pump (bertumit tinggi dan bertapak tebal pada bahagian depan kaki)
    - boleh digayakan ke pejabat, parti malam dan koktel
  • Wedges (bertapak tebal)
    - boleh digayakan untuk kasual dan semi kasual,
  • Flatty (tanpa tumit)
    - boleh gayakan secara kasual dan santai
  • Boot (bertutup penuh sama ada bertumit atau tidak bertumit)
    - sesuai untuk majlis bertema kostum, sesuai dipakai untuk parti malam



Sumber dari akhbar berita harian

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..