Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!
Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.
Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.
Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.
Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.
Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kisah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.
Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.
Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambing!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.
Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.
Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!
Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.
Sumber dari http://abcdelly.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..