Tetapi dalam masa yang sama, kita mungkin sedikit terlepas pandang terhadap perkara remeh berkenaan hal ini.. Jom kita terjah info yang mungkin berguna bagi kita dalam memastikan anak kecil kita berada dalam keadaan yang selamat setiap masa di rumah..
Anak anda mungkin
kelihatan tidak berdaya, tetapi sebenarnya mereka amat tangkas dan
suka mencuba semua perkara tanpa mengetahui sama ada ia selamat atau
berbahaya.
Mungkin langkah berikut
membantu anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil
kesayangan keluarga.
Keselamatan
semasa bermain
*Pilih permainan yang
bersesuaian mengikut peringkat usia anak.
*Pastikan lantai bebas
daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain.
*Pastikan mainan bersaiz
kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak.
*Jangan letak kerusi
enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin
boleh menimpa diri mereka.
Keselamatan di
bilik air
*Suhu terbaik untuk
memandikan bayi iaitu antara 36 C dan 38 C.
*Jangan gunakan lebih
daripada 6 - 8 cm air untuk mandikan bayi dan jangan sekali-kali
tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau
lampin walaupun dia berada dalam besen mandian yang selamat.
*Bayi boleh lemas
walaupun hanya dalam air sedalam 3 cm.
*Jangan biarkan anak
berdiri atau melompat ketika mandi.
Keselamatan di
tempat makan
*Sterilkan semua botol
dan puting botol susu anak sehingga usianya setahun.
*Jangan tinggalkan bayi
makan atau minum bersendirian.
*Pastikan kerusi makannya
kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati.
*Sentiasa sisihkan sisa
makanan
yang tidak dimakan daripada mangkuk bayi.
*Periksa tarikh luput
makanan bayi yang dibeli.
*Jangan panaskan semula
makanan bayi yang anda masak lebih daripada sekali.
*Sesetengah makanan
jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi
tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan
jangan beri si comel makan bertih jagung.
Tidur yang
selamat
*Jangan merokok dalam
bilik yang ada bayi sedang tidur.
*Sentiasa tidurkan bayi
dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi
tidur meniarap pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah
tidak boleh bernafas.
*Jangan biarkan anak
terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna
bantal ketika tidur.
*Jangan tidur dengan bayi
di atas sofa atau kerusi malas.
*Tempat paling selamat
untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di
dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya.
Kediaman yang
selamat
*Jangan tinggalkan bayi
berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat
kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya
terjatuh.
*Jangan gantung gambar
atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi.
*Tali pintal pada bidai
boleh membahayakan si kecil terutama yang baru pandai berjalan.
Pastikan mereka tidak boleh mencapainya.
*Sentiasa lekatkan barang
perhiasan yang besar dan berat pada dinding.
*Jauhkan katil bayi,
kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap.
*Pilih kotak alat
permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup
daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/panduan-keselamatan-anak-1.155299
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..