Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

14 April 2014

Kebahagiaan Sebenar


Assalamualaikum semua.. Alahai bertouching2 la plak di pagi hari Isnin nih.. Suka tengok video nih, suka duka, susah senang bersama.. Itulah nama happy marriage.. 

 

 Okey lah saja perkongsian di hari Isnin.. Semoga korang terhibur dengan video nih..


21 March 2014

Tip Percutian Sekeluarga

Assalamualaikum semua.. Lama betul tak berkongsi ilmu di sini ya.. Apa nak buat kekangan masa dan tugas membataskan perkongsian ilmu di sini.. Banyak info nak dikongsikan, tapi tak sempat nak kongsikan.. Oklah, memandangkan info nih agak berguna untuk para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah nih.. Meh baca info nih untuk panduan kita bersama..



Bagi yang tinggal di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu hari ini merupakan hari pertama cuti sekolah.. Bagi di lain-lain negeri esok baru bermula cuti sekolah.. Memandangkan cuti sekolah telah dan bakal bermula, tentu ada antara anda yang sudah merancang percutian sekeluarga. Memang seronok dapat bercuti bersama keluarga tersayang. Membawa anak-anak kecil memang menyeronokkan tetapi persediaan rapi perlu dilakukan agar keseronokan yang diidamkan tidak bertukar kekecewaan.


Kita sedia maklum tentang sikap kanak-kanak yang mudah meragam, cerewet dan letih dengan sesuatu yang membosankan mereka. Oleh itu pastikan anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Tip berikut boleh digunakan supaya percutian anda lebih tenang dan menyeronokkan.


Menyiapkan kenderaan
Sekiranya anda bercuti menggunakan kereta sebagai kenderaan utama, pastikan anda membersihkan kereta untuk keselesaan anak-anak, sediakan bekas khas membuang sampah, sediakan buku cerita bersesuaian dengan usia mereka dan alat permainan untuk mengelakkan kebosanan.


Sekiranya berpergian dengan kapal terbang, pastikan memilih tempat duduk yang berhampiran pintu keluar. Jika anak masih usia bayi, pastikan menyediakan barangan kegemaran mereka supaya ia membantu menenangkan mereka ketika kapal terbang hendak berlepas.


Stok tisu basah
Kanak-kanak cenderung untuk membuat kotoran daripada makanan yang dimakan atau mungkin muntah tanpa diduga. Oleh itu penting untuk menyediaakan stok tisu basah sepanjang perjalanan. Ia berguna untuk membersihkan apa sahaja.


Bantal kegemaran
Biasanya si kecil mempunyai bantal kegemaran yang membantu mereka tidur lena atau menenangkan mereka ketika meragam. Jadi, pastikan anda membawa bersama untuk mengelakkan ketidakselesaan atau masalah yang boleh mencacatkan percutian sekeluarga.


Sediakan makanan
Pastikan anda membawa snek berkhasiat untuk si manja sebagai kudapan sepanjang perjalanan. Percayalah mereka tidak akan berhenti meminta itu dan ini bagi menghilangkan kebosanan.


Sediakan hiburan
Anak-anak masih belum memahami erti kesabaran. Jika anak anda masih bayi, mungkin boleh dipujuk untuk tidur usai menyusukannya tetapi bagi yang sudah berusia setahun ke atas, mereka asyik bertanya “bila nak sampai?” Jika dalam kenderaan anda mempunyai DVD monitor, pastikan anda menyediakan beberapa VCD filem kegemaran mereka atau permainan video yang boleh mengurangkan kebosanan anak-anak.





Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/tip-percutian-sekeluarga-1.262183


24 October 2013

Cara Mudah Hargai Isteri

 


Pastinya setiap wanita yang bergelar isteri ingin dirinya dihargai oleh suami yang menjadi belahan hati. Namun adakah pihak suami tahu cara untuk menghargai isteri mereka.

Tidak mustahil ada yang masih tidak tahu bagaimana mahu melakukannya atau mungkin jua menganggap penghargaan untuk isteri itu hanya melalui hadiah yang mahal. Sebagai panduan MW menurunkan tip cara menghargai isteri anda. Semoga panduan ini mampu menambah kebahagiaan rumah tangga.

Memberikan panggilan yang baik dan disukainya
Suami yang menyayangi dan mencintai isterinya, tentu tidak ragu untuk mengungkapkan rasa sayangnya. Memanggil isteri dengan panggilan manja, sayang, atau apa saja panggilan yang disukai isteri adalah contoh kasih sayang yang boleh ditunjukkan suami.

Melayan dengan lemah lembut
Apabila suami menghargai isteri, dia akan berusaha melayan isterinya dengan lemah lembut, baik dalam sikap mahupun tutur kata. Suami begini akan berusaha menjauhi sikap kasar dan keras terhadap isteri. Meski isteri bersalah atau mengecewakannya, dia akan menasihatinya dengan baik bukan dengan makian, bentakan, atau tamparan di wajah.

Menunjukkan wajah ceria
Isteri yang selalu melihat senyum dan keceriaan di wajah suaminya, tentu akan lebih mudah untuk merasakan kebahagiaan. Berbeza bila suami selalu menunjukkan wajah yang masam, dia akan merasa serba salah dan tidak gembira kerana merasakan suaminya tidak bahagia bersamanya.

Memberi pujian
Meskipun kelihatan remeh namun pujian yang tulus daripada seorang suami dapat memberikan kesan psikologi yang sangat besar bagi seorang isteri. Kata-kata pujian boleh menambah semangat, percaya diri dan tentu saja membuat hatinya berbunga-bunga penuh bahagia. Pada dasarnya, setiap wanita suka dengan pujian, lebih-lebih lagi kalau pujian itu datang dari mulut suami yang sangat dicintainya.

Memberikan hadiah
Hadiah adalah pembawa pesan cinta, dan menjadi salah satu bentuk penghargaan suami terhadap isteri. Akan lebih berkesan, bila hadiah diberikan tanpa diberitahu terlebih dahulu. Ia akan menjadi kejutan yang membahagiakan.

Bantu urus rumah
Kerja rumah tangga tidak pernah habis. Suami yang baik akan berusaha meringankan beban isterinya dalam mengurus rumah tangga. Misalnya, membantu isteri mencuci, menjemur pakaian, mengemas rumah dan banyak lagi. Dengan demikian seorang isteri akan dihargai oleh suaminya.

Membantu isteri mengurus anak
Kesibukan menguruskan pelbagai kerja rumah sekali gus mengurus anak, tentu membuatkan isteri kepenatan. Terutama jika terpaksa menguruskan anak-anak yang masih kecil, apa lagi kalau anak ramai.

Suami yang membantu isteri mengurus anak, bererti dia telah mengurangi kesibukan isteri dan membuatnya lebih tenang dalam menyelesaikan pelbagai macam kerja di rumah.

Prihatin kesihatan
Ketika isteri sakit, segeralah mencari ubat untuk meredakan kesakitannya. Selain itu jangan benarkan isteri membuat kerja rumah sepanjang diri tidak sihat. Ia bukan saja tanda penghargaan tapi juga prihatin.

Berbakti kepada kedua orang tua isteri
Berbakti kepada ibu bapa isteri atau mentua juga merupakan satu penghargaan suami buat isteri. Bakti suami tersebut akan membahagiakan isteri dan kedua orang tuanya.

Menjalin silaturahim dengan saudara mara

Suami juga boleh menjalin silaturahim dengan seluruh anggota keluarga dan sanak saudara isterinya. Berbuat baik, menghormati dan menjalin hubungan mesra terhadap menjadi tanda bahawa suami bukan sahaja menghargai isteri malah keluarganya juga.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

19 August 2013

Kanak-Kanak Obes Berisiko Menghidapi Penyakit Kronik

 


Ketika ini sedarkah anda masalah obesiti menjadi semakin serius di kalangan kanak-kanak dan remaja terutamanya di negara membangun? Masalah obes kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkan mereka kepada serangan penyakit lebih awal. Mengapa obesiti kalangan kanak-kanak ini berlaku. Berikut antara puncanya.



Pemakanan

  • Ia merupakan antara faktor utama obes. Ibu bapa perlu mendidik anak daripada kecil supaya mengamalkan pemakanan sihat dan hindari makan segera dan berkalori tinggi.

  • Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan. Segalanya berada di hujung jari. Makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah.

  • Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anak-anak untuk mengunjunginya.

  • Makanan yang masuk tidak sepadan dengan jumlah kalori yang keluar.



Genetik

  • Faktor genetik bukanlah punca kanak-kanak obes 100 peratus.

  • Selalunya kanak-kanak yang obes mempunyai ibu, bapa atau kedua-duanya sekali yang turut mengalami masalah tersebut.



Gaya hidup

  • Perkembangan arus teknologi menggalakkan anak-anak untuk duduk sahaja di rumah. Mereka lebih selesa bermain permainan komputer dan menghadap gajet-gajet yang disediakan ibu bapa.

  • Berbeza dengan beberapa tahun sebelumnya. Mereka lebih suka keluar beriadah bersama teman di taman dan bersukan bersama-sama.



Psikologi

  • Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti.

  • Keadaan ini juga sama bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.



Metabolisme

  • Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.
 
  • Selain itu, tanggapan masyarakat bahawa gemuk itu comel dan sihat semasa kanak-kanak harus ditepis kerana keadaan itu boleh berlarutan sehingga anak dewasa. Gemuk dan tembam tidak bermakna jika anak tidak sihat!
 
  • Obesiti kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin kelihatan comel. Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakan sekelas. Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek.



Peranan ibu bapa

  • Jangan kerana sayangkan anak, anda serahkan segala pilihan kepada mereka. Jangan takut untuk berkata “tidak”. Mungkin perasaan kasihan timbul dalam diri tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan. Lambat laun mereka akan faham dengan keadaan tersebut.
 
  • Anak-anak perlu mendapat makanan harian yang berkhasiat. Pastikan mereka bersarapan di rumah terlebih dahulu kerana anda tahu apa yang mereka makan. Oat bersama susu pun sudah mencukupi.
 
  • Tanya anak setiap hari apa yang mereka makan di sekolah. Jika makanan ringan ada dalam senarai mereka, pujuk dan gunakan pendekatan psikologi dengan mengatakan ia tidak sihat untuk badan.
 
  • Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan.
 
  • Pujian akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. Oleh itu, seringlah memuji mereka.

  • Ubah sedikit demi sedikit menu makanan harian di rumah. Jangan sesekali anda mengasingkan menu anak yang obes. Pastikan menu yang dimakan adalah sama dengan ahli keluarga yang lain sebagai tanda sokongan dan mengelakkan mereka rasa disisihkan.
 
  • Pastikan makanan yang dipilih berserat tinggi dan kandungan lemaknya rendah.
 
  • Jika anak anda berumur lebih dua tahun, gunakan susu rendah lemak kerana ia membantu mengurangkan berat badan.

  • Pastikan anak-anak makan di atas meja makan.


Periksa Kelas BMI Anak

Anda boleh uji Indeks Jisim Badan (BMI) anak-anak untuk memastikan adakah pembesaran mereka normal. Ukurannya sama sahaja seperti golongan dewasa iaitu berdasarkan tinggi dan berat mereka. Ukuran BMI yang normal ialah di bawah paras 25. 25 hingga 30 adalah overweight manakala 30 dan ke atas sudah dikategorikan sebagai obesiti.



Ukuran BMI

Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua iaitu:



Berat (kilogram)

[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]



Namun, ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya, jika berat mereka 85 peratus lebih daripada kanak-kanak sebaya, maka mereka tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.



Bayi boleh obes



Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Menjadi tanggapan biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.



Banyak kajian yang dijalankan mendakwa faktor genetik bukanlah satu-satunya punca utama obesiti. Ia sebenarnya boleh diatasi dengan mewujudkan programsihat iaitu melalui pemakanan, malah boleh dididik sejak bayi lagi di mana kaum ibu boleh memulakannya dengan penyusuan badan.



Kajian menunjukkan, bayi yang diberi penyusuan badan secara eksklusif selama lima hingga enam bulan pertama kurang risiko menghidap obesiti.



Susu formula sebenarnya mengandungi tinggi protein dan berisiko untuk menyebabkan bayi tersebut membesar dengan lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sehingga kini, tiada satu pun syarikat pengeluar susu bayi berjaya menghasilkan susu formula menyamai khasiat yang terkandung di dalam susu ibu.



Namun anda tidak perlu risau jika bayi anda minum susu dengan jumlah yang banyak kerana permintaan mereka itu sendiri sebenarnya bergantung kepada keperluan sebenar mereka dan kebiasaannya dua ke tiga jam sekali.



Bagaimana membantu kanak-kanak bersenam

  • Jangan terlalu mengharapkan aktiviti pendidikan jasmani atau ko- kurikulum di sekolah. Ia tidak mencukupi! Lebih-lebih lagi kanak-kanak obesiti. Mereka biasanya sering diketepikan daripada mengikuti acara sukan dan sebagainya.
  • Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama!
  • Kurangkan menonton televisyen.
  • Galakkan anak-anak bermain dengan kanak-kanak lain.
  • Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.



Penyakit yang boleh menyerang kanak-kanak obesiti



Prader willi Syndrome

  • Merupakan penyakit genetik.
  • Walaupun umur masih terlalu kecil, mereka akan makan secara terus menerus sehingga mengalami masalah obesiti.
  • Perkembangan dan pertumbuhan yang lambat.
  • Lembab dalam pelajaran.



Pushing Syndrome

  • Ia merupakan sindrom ketidakseimbangan hormon dalam badan.
  • Juga berpunca daripada genetik.



Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Bukan mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi mengelakkan anak-anak berasa tertekan.







Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/kanak-kanak-obes-risiko-penyakit-kronik-menanti-1.164852






01 August 2013

Jarakkan Kehamilan Secara Tradisional

Assalamualaikum semua.. Adakah anda masih tercari-cari kaedah untuk menjarakkan kehamilan.. Bagi saya, saya lebih suka makan pil perancang keluarga berbanding kaedah lain.. Ini kerana dahulu ada pendapat mengatakan bahawa penyusuan badan pada bayi akan menjarakkan kehamilan seterusnya..

Tapi bagi saya, kenyataan ini adalah meleset.. Kerana selepas kelahiran anak sulung sekitar 5 bulan, saya disahkan hamil anak yang kedua.. Oleh yang demikian, saya masih takut nak gunakan kaedah lain selain dari pil perancang keluarga.. Korang bagaimana pula??? Pastinya masing-masing ada kaedahnya yang tersendiri.. Apapun di sini ada kaedah tradisional yang korang boleh cuba.. Meh baca skit..



Ramai menggunakan kaedah perancangan keluarga secara moden tetapi ada juga yang masih bimbang untuk mencubanya . Apa kata anda menggunakan kaedah secara tradisional yang lebih mudah dipraktiskan.
 
Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih, kemudian ditapis. Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.. Minum sebulan sekali sebelum tidur. InsyaAllah akan berhasil.





Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/petua/jarakkan-kehamilan-secara-tradisional-1.166098






15 July 2013

Panduan Pilih Pakaian Anak

Assalamualaikum semua.. Entry kali ini khas untuk para ibu bapa dalam memilih dalam membeli pakaian.. Bukan apa, kekadang pakaian yang dibeli tidak tahan lama, tak selesa, luntur dan macam-macam lagi laa.. Bagi yang baru memiliki anak pertama pastinya banyak pakaian yang akan dibeli.. Kalau dah mempunyai anak 2-3 orang mungkin yang kakak-kakak atau abang-abang masih boleh dipakai kan???.. 
 
 

Biasanya golongan ibu paling teruja membeli-belah pakaian anak. Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil. Namun kadang kala timbul dilema dalam memilih pakaian untuk si kecil.

Lazimnya selepas bayi lahir, banyak kenalan menghadiahkan baju bayi buatnya. Selalunya baju yang diterima bersaiz kecil berbanding bayi anda yang cepat membesar. Ikuti tip berikut ketika membeli baju buat si kecil anda.

1 Mudah dibasuh dan warna tidak luntur
Dalam tempoh beberapa minggu, saiz baju bayi akan berubah. Oleh itu beli baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh.

2 Pengaliran udara
Umum mengetahui lima bulan pertama bayi membesar dengan cepat. Keadaan ini membuatkan baju bayi kelihatan baru kerana hanya digunakan beberapa kali sahaja. Cari baju bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada si kecil ketika memakainya. Malah ia membantu pengaliran udara dengan baik dan mampu mengelak ruam.

3 Saiz besar
Kadang kala sukar mencari saiz baju bayi lelaki yang agak besar berbanding baju bayi perempuan. Apabila kesuntukan masa atau tiada pengetahuan mengenai kedai berdekatan, anda terus membeli baju si kecil sekadar ‘tangkap muat sahaja’. Akibatnya, baju si kecil hanya boleh pakai beberapa bulan sahaja. Sebaiknya beli baju bersaiz besar supaya tahan lebih lama.

4 Mudah dipakai dan ditanggalkan
Jenis baju berbutang adalah dicadangkan untuk bayi berusia lima bulan pertama. Baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan. Bagi bayi pra-matang, pastikan baju yang dibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.

5 Masih boleh dipakai
Jika anda merancang untuk memiliki bayi lagi, baju bayi yang tidak muat dan masih elok perlu disimpan di tempat yang kering dan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan daripada gigitan tikus. Jika perlu letakkan pewangi supaya baju tidak berbau ketika dalam simpanan anda



6 Kain kapas
Kulit bayi lembut dan sensitif. Pemilihan jenis fabrik iaitu jenis 100 % kain kapas membantu mengelak daripada masalah kulit kepada bayi. Jenis kain kapas yang mudah menyerap peluh memberi rasa nyaman kepada si kecil.






Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/bayi/panduan-pilih-pakaian-anak-1.157639

01 July 2013

Panduan Keselamatan Anak Di Rumah

Assalamualaikum semua.. Bagi yang mempunyai anak kecil di rumah pastinya inginkan anak kecil itu berada dalam keadaan selamat dan selesa di setiap penjuru ruang rumah.. Kita sebagai ibu bapa mungkin merasakan apa yang dilakukan sudah cukup selamat bagi anak kecil ini..

Tetapi dalam masa yang sama, kita mungkin sedikit terlepas pandang terhadap perkara remeh berkenaan hal ini.. Jom kita terjah info yang mungkin berguna bagi kita dalam memastikan anak kecil kita berada dalam keadaan yang selamat setiap masa di rumah..



 
Anak anda mungkin kelihatan tidak berdaya, tetapi sebenarnya mereka amat tangkas dan suka mencuba semua perkara tanpa mengetahui sama ada ia selamat atau berbahaya.

Mungkin langkah berikut membantu anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil kesayangan keluarga.


Keselamatan semasa bermain

*Pilih permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia anak.

*Pastikan lantai bebas daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain.

*Pastikan mainan bersaiz kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak.

*Jangan letak kerusi enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin boleh menimpa diri mereka.


Keselamatan di bilik air

*Suhu terbaik untuk memandikan bayi iaitu antara 36 C dan 38 C.

*Jangan gunakan lebih daripada 6 - 8 cm air untuk mandikan bayi dan jangan sekali-kali tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau lampin walaupun dia berada dalam besen mandian yang selamat.

*Bayi boleh lemas walaupun hanya dalam air sedalam 3 cm.

*Jangan biarkan anak berdiri atau melompat ketika mandi.


Keselamatan di tempat makan

*Sterilkan semua botol dan puting botol susu anak sehingga usianya setahun.

*Jangan tinggalkan bayi makan atau minum bersendirian.

*Pastikan kerusi makannya kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati.

*Sentiasa sisihkan sisa makanan yang tidak dimakan daripada mangkuk bayi.

*Periksa tarikh luput makanan bayi yang dibeli.

*Jangan panaskan semula makanan bayi yang anda masak lebih daripada sekali.

*Sesetengah makanan jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan jangan beri si comel makan bertih jagung.


Tidur yang selamat

*Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur.

*Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi tidur meniarap pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah tidak boleh bernafas.

*Jangan biarkan anak terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna bantal ketika tidur.

*Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas.

*Tempat paling selamat untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya.


Kediaman yang selamat

*Jangan tinggalkan bayi berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya terjatuh.

*Jangan gantung gambar atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi.

*Tali pintal pada bidai boleh membahayakan si kecil terutama yang baru pandai berjalan. Pastikan mereka tidak boleh mencapainya.

*Sentiasa lekatkan barang perhiasan yang besar dan berat pada dinding.

*Jauhkan katil bayi, kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap.

*Pilih kotak alat permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.






Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/panduan-keselamatan-anak-1.155299



26 June 2013

Suami Jadi Suri Rumah

Assalamualaikum.. Entry yang akan saya paparkan ini mungkin ada yang sedang mengalaminya, telah mengalaminya atau ada di antara ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalaminya.. Mungkin pada masa dulu tugas sebagai suri rumah terletak pada bahu isteri.. Tetapi sebaliknya berlaku sejak akhir-akhir ini disebabkan beberapa perkara.. Apapun mari kita baca artikel yang berkaitan, kerana perkara ini ada kebaikan dan keburukannya..



Kehidupan masa kini menyaksikan terdapat segelintir golongan suami yang sukarela menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bukan tidak pernah berkerjaya tetapi atas desakan dan masalah yang tertentu, mereka terpaksa berkorban demi keluarga. Isteri pula menggalas tugas sebaliknya. Mencari nafkah untuk perbelanjaan sehari-hari.

Walaupun sejak kebelakangan ini wanita yang berpangkat tinggi bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi tetapi agak janggal apabila ada ‘bisik-bisik’ yang mengatakan suami pula yang dipertanggungjawabkan melayan isteri tatkala pulang dari pejabat. Membancuh air dan melakukan beberapa perkara yang menjadi kelaziman isteri membuatnya. Siapakah yang harus dipersalahkan apabila berlakunya senario sebegini?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerna mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan).” (Surah An-Nisa’ ayat 34).

Punca suami jadi suri rumah tangga
Dalam pada itu ada tiga punca yang dikenal pasti mengapa suami selesa untuk menjadi suri rumah tangga.

Sesuai dengan karakter
Sesetengah suami sudah diajar untuk melakukan sendiri kerja rumah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jadi, setelah berumah tangga, mereka masih terikut-ikut dengan cara tersebut. Setakat memasak, mengemas dan membersihkan rumah bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan kerana itulah mereka rela untuk ‘bekerja’ di rumah.

Kurang mahir
Ada yang berpandangan, berbanding suami, isteri lebih mahir dan komited ketika bekerja. Malah tempoh menyiapkan satu-satu tugasan juga lebih cepat dan lengkap. Disebabkan itulah suami mengambil keputusan memberi peluang kepada isteri untuk mengembangkan kemahirannya disebabkan kredibiliti yang tinggi. Dalam masa yang sama, kos mengasuh anak juga dapat dijimatkan apabila suami yang melakukannya.

Hasil perbincangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengurus keluarga, rata-rata dari mereka telah pun berbincang dengan teliti mengenai masalah ini. Berkemungkinan besar pendapatan isteri lebih banyak berbanding suami.

Adalah menjadi satu kerugian apabila isteri meletak jawatan kerana tidak mustahil banyak perbelanjaan yang akan terjejas. Oleh kerana itulah, suami terpaksa mengalah dan mungkin melakukan kerja dari rumah di samping mengurus rumah tangga sepenuhnya.


Lelaki perlu cari rezeki

Dalam pada itu ada juga lelaki yang memilih untuk duduk di rumah kerana tiada pekerjaan dan sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri serta pendapatannya yang tinggi.
Hal seperti ini seharusnya tidak terjadi kerana umum mengetahui bahawa wanita tidak sekuat lelaki. Seharusnya bab mencari nafkah dilakukan oleh suami sendiri malah ada sebab kuat mengharuskan suami keluar mencari rezeki

Maruah
Sebagai lelaki yang digelar ketua keluarga, segala tanggungjawab tergantung di bahunya. Baik dari sekecil-kecil hal hinggalah perkara yang memeningkan kepala. Suami perlu ingat, mencari nafkah buat keluarga adalah maruahnya. Tak kiralah banyak atau sedikit kerana yang diukur adalah usaha dan sejauh mana kesungguhan suami berkenaan untuk memenuhi keperluan isteri dan anak-anak semampunya.

Mudah diarah
Suami yang mengharapkan pemberian isteri sepenuhnya adalah mereka yang terdiri dari golongan yang menerima dan boleh diarah-arah. Apa tidaknya, keperluan serta kelengkapan rumah semuanya isteri sediakan jadi sudah semestinya terbit perasaan ego di hati isteri untuk mengawal rumah tangga. Suami pula tidak boleh berkata apa kerana terhutang budi dengan apa yang telah diberi. Jadi semestinyalah mereka bersedia untuk menerima dan melaksanakan arahan yang diperintah.

Biasakan memberi dari menerima
Sebagai nakhoda, mereka sepatutnya menjadi pemberi, bukannya penerima. Sesuai sangatlah dengan jawatan pentadbir keluarga. Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan suami dibolehkan menjadi penerima seperti, kurang upaya, terdesak dan macam-macam lagi. Pemberian yang dimaksudkan biarlah seperti mengukur baju di badan sendiri. Semampunya tanpa membebankan hati dan perasaan kerana suami yang selesa dan bersenang-lenang di rumah adalah individu yang tidak bertanggungjawab sekali gus menyalahi hukum syarak.

Apabila suami melakukan kerja-kerja isteri sepenuhnya secara tidak langsung membentuk satu situasi yang kurang selesa. Jika membantu meringankan tugas-tugas isteri di rumah tidak mengapa tetapi janganlah sampai mengambil alih secara total. Benar, Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja tetapi bekerja yang dimaksudkan bukanlah untuk menanggung sepenuhnya keperluan keluarga.


Syarat jika isteri keluar bekerja

Dalam hal isteri keluar bekerja menyara keluarga ada perkara yang harus dipatuhi oleh mereka. Antara syaratnya ialah :

Mendapat keizinan
Para isteri perlu mendapat lampu hijau sebelum membuat keputusan untuk keluar bekerja. Sekiranya suami tidak mengizinkan maka isteri tidak boleh keluar begitu sahaja meskipun niatnya untuk membantu suami.

Pekerjaan yang halal
Pastikan kerja yang ingin dilakukan itu halal dan tidak menjurus kepada maksiat. Sebagai isteri, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga maruah suami dan mereka perlu tahu batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak merangkumi pergaulan dengan lelaki yang bukan muhrim dan lain-lain lagi.

Niat
Pasti ramai yang mengetahui, setiap kali memulakan perkara baru perlulah disusuli dengan niat yang baik. Secara tidak langsung, ia menjadi doa agar pekerjaan yang dilakukan mudah dan diberkati.
Niat membantu suami adalah sesuatu yang harus dipuji tetapi apabila ia menyimpang ke arah lain maka cepat-cepatlah kembali ke landasan yang telah ditetapkan. Jangan sekali-sekali khianati kepercayaan yang suami berikan dek kerana dipengaruhi rasa seronok berada di luar perhatian.


Gugat kerukunan rumah tangga

Seperti yang dikatakan tadi, situasi yang berlaku ini juga mengundang beberapa perkara buruk. Sekiranya tidak ditangani segera, tidak mustahil ia mampu mengganggu-gugat kerukunan sesebuah rumah tangga. Antara risiko yang harus ditempuhi ialah :

Besar kepala
Isteri yang biasa memberi akan berasa dirinya lebih tinggi dan perlu dihormati. Di peringkat awal, mungkin tidak banyak masalah tetapi lama-kelamaan ego sebagai seorang ketua pasti ada. Pantang silap sedikit, ada sahaja kata-kata kesat yang akan keluar dari mulutnya tanpa mengira suami atau siapa sahaja.

Anak keliru
Apabila isteri yang mengeluarkan belanja maka anak-anak pun akan keliru dengan apa yang berlaku. Mana tidaknya, jika dilihat keluarga lain, bapa bertanggungjawab menyediakan belanja sementara ibu duduk di rumah mengurus rumah tangga. Dalam hal ini, anak-anak pasti tertanya-tanya siapa yang harus lebih dihormati sama ada ibu atau ayah.

Ambil kesempatan
Setelah lama duduk di rumah, tidak mustahil ada segelintir suami yang mengambil kesempatan untuk lari dari memberi nafkah. Usah begitu kerana apa juga yang berlaku, nafkah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Di rumah pun boleh tambah pendapatan sekiranya suami kreatif dan berfikir tentang amanah yang tersandang di bahunya. Di dunia mungkin tak berasa apa tetapi di akhirat nanti, jawablah dengan Yang Maha Pencipta.

14 June 2013

Ringankan Beban Isteri Hamil

Assalamualaikum.. Ari ni citer pasal orang pregnant.. Yelah orang mengandung nih kekadang emosional skit.. Mana taknya dengan perubahan diri dan pembawakan budak la orang tua-tua cakap.. Jadi para suami atau bakal bapa di luar sana, cubalah prihatin dengan isteri dan bakal ibu kepada zuriatmu.. Bukan mudah bagi seorang perempuan, isteri dan bakal ibu melalui keadaan ini.. Oleh itu para suami di luar sana prihatinlah kepada isterimu..

Ok la saya tak mau berceloteh banyak-banyak kat sini, meh baca info yang para suami di luar sana boleh praktikkan kepada isteri yang sedang mengandung.. Apa salahnya mengambil hati isteri sendiri.. Kan dia sedang mengandungkan zuriatmu jua.. Sekurang-kurangnya rasa beban di saat mengandung ini sedikit terubat dengan keprihatinan para suami.. Para isteri akan terasa dirinya dihargai.. Jangan anggap ianya beban bagi anda.. Hargai isteri anda sebaiknya..


 
Ketika hamil, isteri mengalami perubahan emosi dan fizikal. Sudah tentu ketika ini perasaan sudah tidak sama seperti sebelum hamil. Sokongan daripada suami tercinta amat penting ketika ini.

Suami pula janganlah tidak sensitif dengan situasi isteri yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang barlaku dalam badannya. Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar bapa, sedikit panik dengan perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil.

1 Luangkan masa bersama isteri
Kadang kala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bag sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berada di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

2 Penuhi keinginan isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat.

3 Fahami situasi isteri
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan.

4 Ringan tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah. Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak bersepah, terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri mengapa tidak mengemasnya.

5 Belajar perubahan isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

6 Siapkan hidangan makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

7 Bantu jaga anak lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang teruk. Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani kerenah anak. Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.

8 Bawa isteri bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

9 Jangan berkira
Kadang kala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasan tersebut. Apa salahnya suami melayan kerenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.






 
 
 

04 June 2013

Panduan Menguruskan Anak Kembar

Assalamualaikum semua.. Ada di antara kita menginginkan anak kembar, ada yang sebaliknya.. Apapun semua ini merupakan anugerah Allah kepada hambaNya.. Mungkin ramai di luar sana yang bakal menjadi ibu kepada si kembar masih tercari-cari info sebagai persediaan menerima kehadiran si kembar.. Meh baca info yang diperoleh melalui pembacaan di web Pa & Ma..
 
 
 
 
Menerima berita bakal menimang cahaya mata kembar pasti mengujakan bakal ibu dan bapa. Tetapi tentu anda akan termenung seketika memikirkan pelbagai perkara yang harus dilakukan untuk menguruskan lebih daripada seorang anak.
 
Jika ia merupakan kelahiran anak kedua dan seterusnya mungkin tidak terlalu panik kerana sudah ada pengalaman namun bagaimana pula dengan yang pertama kali bergelar ibu bapa.
 
Usah terlalu risau memikirkan bagaimana untuk menguruskan anak kembar dalam satu masa yang sama. Jangan panik, kerana sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Jadi pasti ada jalan penyelesaian. Panduan berikut mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan menguruskan anak kembar.
 
 
 
 
1      Persiapan berganda. Membuat persiapan bayi sama ada seorang atau kembar semuanya sama, yang berbeza hanyalah persiapan anak lebih seorang perlu digandakan. Jadi beli barang keperluan berdikit-dikit agar tidak rasa terbeban.
 
2      Membuat tabungan. Sebaik disahkan oleh doktor bahawa anda bakal menerima anak kembar, mula menabung kerana perlu menyediakan kelengkapan bersalin dan menyambut orang baru secara berganda selain daripada kos lain apabila mereka sudah lahir.
 
3      Mencari info tentang penjagaan anak kembar di majalah, buku, internet bahkan sebaiknya berkongsi pengalaman daripada mereka yang sudah memiliki anak kembar.
 
4      Jika berkemampuan, dapatkan khidmat pembantu bagi menguruskan anak kembar anda. Sekiranya tidak mampu cuba minta bantuan daripada ahli keluarga terdekat bagi membantu. Biasanya setahun pertama usia anak kembar adalah waktu paling kritikal.
 
5      Sepanjang tempoh kehamilan, sentiasa prihatin tentang jualan gudang barang keperluan bayi. Beli keperluan asas seperti lampin pakai buang, tisu basah, pakaian, dan lain-lain lagi secara pukal untuk dibuat stok. Anda boleh bertanyakan kepada mereka yang berpengalaman tentang hal ini.
 
6      Sebaik bayi lahir, anda sebagai ibu bapa yang menentukan disiplin untuk mereka. Biasanya orang akan berkata bayi kembar memiliki sikap yang sama atau hampir sama. Misalnya, waktu bangun tidur, minum susu, mengantuk, menangis, demam dan sebagainya. Ia adalah kelebihan untuk menguruskan anak kembar kerana tidak perlu membuat dua tugas yang sama berulang kali.
 
7      Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat (seiras sama jantina) tentu sukar untuk mengesan yang mana satu pakaian mereka, jadi untuk memudahkan tugas, anda boleh menempah tanda nama yang boleh dilekatkan pada pakaian mereka atau sebarang tanda yang anda mudah mengecamnya.
 
8      Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat yang seiras dan sama jantina, anda boleh memakaikan setiap orang tanda seperti gelang benang berlainan warna dan sebagainya sebagai cara mengecam mereka.
 
9      Untuk mengelakkan daripada sikap terlupa dalam soal pemberian susu, ubat (jika mereka demam) dan sebagainya, sediakan catatan berjadual untuk setiap anak. Catatkan tentang jadual perubatan, yang mencatatkan anak mana sudah minum susu atau telah mengambil ubat dan sebagainya. Ia memudahkan urusan penjagaan mereka dan tidak timbul soal tersilap atau terlebih memberi susu atau ubat.
 
10  Menguruskan anak kembar memang memenatkan apatah lagi jika anda berdua bekerja. Justeru untuk menjimatkan tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengurus anak kembar, cuba kurangkan penggunaan tenaga di sekitar rumah. Contohnya lakukan tugas membersih rumah di hujung minggu atau upah pembantu mingguan untuk tugas membersihkan rumah, menggosok pakaian dan lain-lain tugas.
 
11  Persiapkan mental dan fizikal anda berdua untuk berhadapan dengan suasana bising atau tangsian berganda anak kembar. Kerjasama dan saling membantu daripada suami dan isteri membantu memudahkan tugas menguruskan anak kembar.
 
12  Agihkan tugas menguruskan anak kembar seperti memandikan mereka, memberi susu, menukar pakaian, lampin, memujuk, menidur dan sebagainya secara adil antara suami isteri. Ini kerana setiap anda memerlukan waktu untuk berehat jadi jangan hanya membiarkan seorang sahaja yang menguruskan tugas tersebut.
 
13  Bagi yang bergelar suami, belajarlah kemahiran dalam menguruskan anak kembar agar anda dapat menyesuaikan diri dan membantu isteri anda. Secara tidak langsung anda akan membina ikatan yang erat antara ayah dan anak.




Sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/panduan-urus-anak-kembar-1.145619





28 May 2013

Bila Seorang Bapa Menguruskan Anak




“Macam mana ni, Mama kena pergi kursus outstation minggu depan. Seminggu pula tu,” kata Atie kepada suami.
“Eh jangan risau. Papa kan ada. Papa boleh uruskan Ariel,” jawab Azman penuh yakin.
“Boleh ke uruskan Ariel yang lasak ni,”? tanya Atie tidak yakin.
Bila situasi begini berlaku bagaimana agaknya ya?
Usah risau dan gundah gulana wahai ibu sekalian. Percayalah kepada pasangan anda. Berilah peluang kepadanya membuktikan bahawa dia mampu menguruskan si manja kesayangan.
Bukankah anak tersebut zuriat anda berdua, masakan suami hendak membiarkan si kecil tanpa penjagaan. Hakikatnya semua papa seharusnya mempersiapkan diri menggalas tanggungjawab mengasuh anak sejak mengetahui isteri berbadan dua lagi.
Persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang punya 1001 macam cabang dan dugaan. Bukan sukar untuk belajar tetapi tidak mudah juga untuk merealisasikannya. Namun bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih.
Pembelajaran menjadi ayah satu proses tanpa henti. Mungkin juga di dalam hati seorang bapa akan terdetik kata-kata “Macam mana ya nak uruskan keadaan anak bila isteri tiada di sisi. Pasti sukar. Macam-macam nak kena buat dan belajar.”
Tetapi demi tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dia melupakan semua kerisauan bahkan berfikiran positif menganggap cabaran itu amat bagus membantu diri menjadi bapa yang lebih bertanggungjawab.
Sudah banyak cerita tentang kehebatan si bapa menguruskan anak-anak sendirian sama ada kerana sudah kematian isteri atau tinggal berjauhan atas urusan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.
Mungkin panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam usaha menjaga anak tanpa isteri di sisi atas urusan kerja.

a. Ketahui tabiat /perangai anak
Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain.. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.

b. Ambil tahu kesukaan anak
Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.
Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.
Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.

c. Tahu masa makan dan tidur
Anak-anak keci mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk. Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.

d. Ambil berat tahap kesihatan anak
Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.
Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa. Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.
Mungkin setiap bapa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai bapa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun ibu tiada di sisi.





Sumber dari http://pama.karangkraf.com


16 May 2013

Petua Membelai Suami

Ramai para isteri yang berkahwin inginkan kemesraan di dalam perhubungan seharian bersama suami.. Petua di bawah ini boleh diamalkan ketika masing-masing sedang berehat-rehat di rumah sambil menonton televisyen dan sebagainya.. Meh kita tengok apa yang boleh kita lakukan semasa berehat-rehat bersama suami di rumah.. Amalan ini dapat mendekatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri malah kita akan terasa terbitnya rasa kebahagiaan di dalam kehidupan rumahtangga ni..



 1   Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.

 2   Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

 3   Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

 4   Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

 5   Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.





Sumber disunting dari facebook

15 May 2013

Memperbaiki Hubungan Kekeluargaan

Semua manusia di dunia ini mempunyai keluarga.. Tak kiralah sama ada anak yatim ke anak angkat ke semuanya mempunyai keluarga.. Cuma situasinya agak berbeza sedikit dari insan yang mempunyai keluarga sendiri.. Darah daging sendiri.. Apapun takrifannya, marilah kita memperbaiki hubungan kekeluargaan yang mungkin adakalanya makin renggang dari hari ke hari..




Keluarga merupakan sumber identiti dan kekuatan kita. Orang kata kamu boleh memilih rakan tetapi bukannya keluarga. Apabila kamu sedang membesar, mungkin kamu tak suka berada di rumah. Ibu bapa mungkin menyekat pergerakan dan adik-beradik yang lain sentiasa buat kamu geram. Kadang-kadang kamu rasa keseorangan dan tidak difahami. Hidup mungkin melemaskan. Tetapi, itukan keluarga dan kamu dan jika dilihat dalam banyak sudut lain, kamu bertuah kerana mempunyai mereka. Hubungan kekeluargaan yang indah, baik belaka itu tidak terjadi secara automatik. Ia memerlukan banyak komunikasi, kerjasama dan perasaan saling menghormati di kalangan ahli keluarga. Berikut merupakan beberapa tip bagaimana untuk merapatkan hubungan kekeluargaan:
  • Cakap dan dengar. Komunikasi merupakan proses dua hala. Apabila sesorang itu bercakap, seorang yang lain mendengar dan tidak mencelah. Apabila kedua-dua pihak telah didengari, mereka boleh mula memberikan komen mengenai isu yang dibincangkan. Dalam berkomunikasi, banyak kesabaran dan hormat ditunjukkan pada individu tersebut. Ini dilakukan apabila mendengar tanpa perasaan berat sebelah atau menghakimi. Dalam sebuah keluarga, kekurangan komunikasi biasanya menyebabkan rasa marah dan salah faham. Mungkin tak mudah untuk berbicara dengan ahli keluargamu, tapi cubalah untuk melakukannya apabila terdapat kesempatan.
  • Luangkan masa dengan keluarga kamu. Kamu mungkin sibuk di sekolah atau tempat kerja tapi meluangkan masa dengan keluarga selama sehari akan membuatkan kamu rasa lebih dekat dengan mereka. Luangkan masa dengan ibu ketika sedang memasak dan berbual dengan ayah mengenai sukan atau perniagaan semasa dia sedang menonton berita. Kamu dan adik beradik boleh meluangkan masa dengan keluar bersama. Jika kamu masih lagi bujang, luangkan masa sehari seminggu untuk kamu melakukan aktiviti bersama keluarga. Berjalan-jalan, berkelah ataupun menonton filem bersama-sama. Sekiranya kamu telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, rancangkan hari keluarga sekurang-kurangnya sebulan sekali agar semua orang dapat meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
  • Menyokong satu sama lain. Ahli keluarga kita masih lagi seorang individu. Sebagai individu, mereka mempunyai impian tersendiri untuk dicapai. Mungkin ia tak sama dengan kamu, tapi cukup menyeronokkan bila mereka mengetahui yang kamu sentiasa menyokong dan mempercayai mereka. Berikan sokongan dan kata-kata semangat. Dengan sokongan kamu, ia akan menguatkan ikatan kekeluargaan.
  • Memahami personaliti masing-masing. Dalam satu keluarga, terdapat bermacam-macam personaliti. Kita tak akan mengenali ibu bapa dan adik beradik sepenuhnya walau dah lama tinggal sebumbung. Memahami bagaimana ibu bapa dan adik beradik memberikan respons terhadap situasi tertentu boleh membantu kamu untuk berkomunikasi dengan mereka. Seorang adik mungkin lebih ceria dan mudah untuk meluahkan perasaannya manakala yang seorang lagi mungkin lebih sensitif dan gemar memendam rasa. Dengan mengetahui perkara begini, kamu akan lebih memahami ahli keluarga kamu terutamanya dalam situasi-situasi yang kritikal.
  • Jangan mudah terasa. Kamu mungkin rasa sedih bila ibu bapa menggunakan perkataan kasar terhadapmu. Kamu juga mungkin merasakan yang mereka tidak lagi sayang padamu. Jangan begitu. Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka mahukan hanya yang terbaik buat kamu jadi janganlah berdendam dan elakkan menyakiti hati mereka. 
 
 
 
 
Sumber dari www.kotex.com.my
 
 
 

08 April 2013

Bahagia Walaupun Berjauhan

Assalamualaikum semua.. Sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi melalui majalah Pa & Ma.. Sebenarnya aku juga seringkali melalui keadaan seperti ini.. Husband kerap kerja outstation, jadi selalu ditinggalkan bersama anak-anak.. Tapi keadaan yang paling mencabar apabila anak-anak sakit.. Memang penat jugak nak melayan kerenah anak-anak yang sakit ni. Sesiapa yang pernah melalui keadaan ini memang tahu macam mana keadaannya.. Memang sibuk seharian menguruskan perihak anak-anak.. Apapun bagi sesiapa yang menghadapi situasi sebegini perlulah bersedia serta kuat dari segi mental dan fizikal..

Tentu ramai yang pernah mendengar istilah ‘PJJ’ iaitu singkatan bagi perkahwinan jarak jauh. Malah mungkin ramai di kalangan kita sedang melalui fasa tersebut. Inilah salah satu cabaran alam rumah tangga. 
Bagi anda yang pernah melalui fasa PJJ ini, mungkin istilah ini tidak pelik namun bagi yang tidak pernah mengalaminya, mungkin akan terasa sedikit janggal dan lucu. Istilah lain iaitu weekend wife atau weekend husband tidak dinafikan sedikit sebanyak menguji emosi pasangan seterusnya mampu menggegarkan rumah tangga anda ia tidak mampu dikendalikan dengan baik. Namun demi tugas atau pelajaran, pasangan terlibat terpaksa akur dan mengharapkan akan ada pengakhiran buat mereka.
Jarak yang jauh dengan adalah satu cabaran kerana masa untuk bertemu dan melunaskan pelbagai tanggungjawab adalah amat terhad. Ya, bukan mudah untuk menghadapi situasi ini. Kedua-dua pihak perlu berkorban dan bertolak ansur. Biasanya jika berjauhan, anak-anak akan bersama si ibu. Dengan kata lain, si ibu harus kental berdikari menguruskan perihal anak-anak termasuk sakit demam.
Jom baca info dibawah ini bagi yang mungkin baru sahaja memasuki alam rumahtangga yang terpaksa berjauhan dengan insan tersayang.
Cari jalan bahagia
Ingatlah kebahagiaan perkahwinan tidak terletak pada kesempurnaan semata-mata tetapi terletak pada hati yang sentiasa reda dan positif melalui kehidupan ini. Usah fokus kepada masalah-masalah yang timbul tetapi carilah jalan bagaimana untuk mencipta bahagia sedangkan diri dan pasangan terpisah jauh beribu-ribu batu. Moga tip yang dipaparkan akan memberikan panduan dan kebahagiaan kepada pasangan yang melayari bahtera pernikahan secara jarak jauh. 
Terima kenyataan dan komited
Terima kenyataan bahawa anda memiliki pasangan yang berada jauh. Set kan pada minda bahawa anda perlu melalui kehidupan tanpa si dia berada di sisi sepanjang masa. Hanya dengan menerima kenyataan ini anda akan menjadi kuat untuk menempuh cabaran kehidupan berumah tangga jarak jauh ini terutama sekali  ketika melalui saat-saat genting. Jangan sesekali membanding-bandingkan rumah tangga anda dengan perkahwinan orang lain yang tinggal sebumbung kerana halnya tidak akan sama. Sentiasalah bersikap positif dan bersabar. Jika anda mempunyai anak dan ia tinggal bersama anda, terangkan kepadanya kenapa ayah atau ibunya tidak selalu bersama seperti keluarga orang lain.
Jaga kehormatan diri
Apabila pasangan tiada di sisi, jangan pula kita berlagak bujang dan bebas bergaul dengan insan bukan muhrim. Ingatlah anda adalah suami atau isteri orang yang wajib menjaga kehormatan diri. Benar anda mungkin sepi dan rasa sunyi. Oleh sebab itu, semasa ketiadaan suami atau isteri, cuba penuhi masa anda yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti menumpukan perhatian kepada anak, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mengambil kursus secara sambilan atau melakukan kerja sambilan. Usah membuka ruang pada diri anda untuk terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti pergaulan bebas dengan bukan muhrim. 
Kerapkan berhubung
Hubungi pasangan anda dengan kerap. Anda pasti rindu padanya dan luahkan cinta anda menerusi panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, e-mel atau saluran media sosial seperti Facebook. Teknologi terkini seperti Skype dan panggilan video membolehkan anda boleh berkomunikasi dengan pasangan anda dengan lebih mudah dan berkesan. Sekiranya ada hal mengenai anak atau keluarga, segera maklumkan kepadanya kerana hal ini akan menyebabkan pasangan anda berasa dekat, diperlukan, sebahagian daripada keluarga dan disayangi anda.
Maksimumkan masa bertemu
Berusahalah memaksimumkan tempoh pertemuan anda dan pasangan. Rancang dan wujudkan jadual sepanjang tahun dan tentukan tarikh anda boleh bersamanya. Adalah lebih baik jika pertemuan boleh dilakukan ketika cuti hujung minggu dan ketika anda bercuti peristiwa atau public holiday. Anda juga boleh merancang agar pasangan dan anda bergilir-gilir untuk pergi ke lokasi tempat tinggal masing-masing supaya lebih adil dan saksama. Selain itu gunakan masa bertemu sebaik mungkin untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab dan melakukan aktiviti berfaedah bersama.
Jujur dan setia pada pasangan
Bersikap jujur pada pasangan anda adalah kemestian dalam hubungan jarak jauh. Letakkan kejujuran ini pada sudut hati yang paling dalam. Justeru, murnikan hubungan anda dengan rasa  jujur dan setia nescaya pasangan anda juga akan berbuat demikian. Jangan sesekali menipu walau pun mengenai hal-hal yang kecil kerana si dia berhak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Tepis godaan dari luar yang mungkin akan mengeruhkan keadaan. Apabila kita komited, jujur, setia dan menghormati ijab kabul anda dan pasangan, tidak mustahil segala perkara negatif seperti perbuatan menduakan suami atau bermain kayu tiga dapat ditangkis. 
Tunai tanggungjawab masing-masing
Anda dan pasangan anda perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai suami, isteri atau ibu dan bapa kepada anak-anak. Meski pun berada jauh, tanggungjawab dan kewajipan terhadap mereka tetap perlu dilunaskan. Sebagai contoh suami perlu menyediakan nafkah, perlindungan, tempat tinggal semampunya ia walau pun tidak duduk sebumbung. Berbincanglah dengan pasangan anda sekiranya anda tidak mampu untuk menunaikannya kerana dengan kukuhnya sesebuah ikatan perkahwinan itu terletak pada persefahaman, saling bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 
Saling percaya
Berikanlah kepercayaan kepada pasangan anda saat anda berdua berjauhan. Suami atau isteri yang patuh pada agama sudah tentu akan sentiasa menjaga kesejahteraan rumah tangga. Yakinlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Oleh sebab itu, jagalah pekerti anda supaya suami juga melakukan hal yang sama. 
Sentiasa menghargai  dan raikan pasangan
Hargailah pasangan anda dengan mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan anda berdua. Raikan juga saat-saat gembiranya seperti kenaikan pangkat, kejayaannya menurunkan berat badan  atau keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak. Kirimkan jambangan bunga atau hadiah sebagai tanda penghargaan anda. Apabila bertemu pula raikan ia dengan memasak makanan kegemarannya atau membawanya ke tempat yang disukainya. Wujudkan saat romantis anda dan dia berdua-duaan seperti keluar bersama atau dating yang pastinya akan menghangatkan ikatan kasih sayang yang terjalin. 
Tulis surat cinta
 Selain itu, menulis surat cinta adalah idea lama yang boleh dipraktikkan kala berjauhan. Apa kata tulis surat cinta yang penuh kata-kata romantis dan kasih sayang untuk kepada suami atau isteri. Sebagai contoh anda dan suami terpisah selama sebulan maka tulislah 30 surat cinta yang berbeza isi kandungan buatnya dan suruhlah dia membuka satu surat setiap sehari supaya kasih antara anda berdua sentiasa membara dan segar setiap hari. 
Tawakal dan berdoa
Di saat anda tidak berada di sisinya maka berdoalah kepada Allah SWT agar dipelihara keselamatan pasangan anda dan kesejahteraan rumah tangga yang terbina. Deria manusia amat terhad tetapi Allah SWT  Maha Mendengar dan Maha Melihat. Pohonlah pada Rabbul Izzati agar pasangan sentiasa jujur dan setia dalam melayari bahtera perkahwinan walau pun jarak yang jauh memisahkan. Pinta juga keredaan hati menempuh pelbagai dugaan agar anda sentiasa pasrah dalam mencari syurga rumah tangga.


 
(Sumber disunting dari Majalah Pa&Ma Mac 2013)