Saya pun tidak ketinggalan sukar untuk menyajikan anak saya yang kedua dengan sayur, berbanding anak yang sulung tidak mempunyai masalah memakan sayur, malahan ulam-ulaman pun dia makan macam saya jugak.. Anak yang kedua kebelakangan ni saja baru nampak mengemari sayur.. Apapun meh kita mencuba alternatif yang ada dalam menghidangkan mereka dengan sayur..
Bertuahnya kalau anak-anak meminta hidangan sayur ketika waktu makan. Jarang sekali kanak-kanak
gemar makan sayur. Bagimana caranya untuk membuat si kecil gemarkan sayur?
Sayur-sayuran seakan menjadi musuh utama kanak-kanak. Para ibu
janganlah putus asa untuk terus menambat hati anak suka akan sayur.
Membiasakan anak makan sayur-sayur sejak kecil akan membantu
mereka menggemari sayur-sayuran apabila besar kelak. Namun begitu, anda perlu
lebih kreatif dalam mempelbagaikan hidangan sayur-sayuran tersebut.
Cara alternatif menghidangkan sayur-sayuran kepada
anak
*Sup
Sayur-sayuran seperti bayam, sawi, seleri dan kubis sangat
sesuai dibuat sup. Untuk merangsang selera anak, campurkan dengan sedikit isi
ayam atau telur.
*Goreng
Jika memilih untuk menggoreng sayur, pastikan anda menggunakan
sedikit minyak sahaja dan jangan goreng terlalu lama untuk mengelakkan
khasiatnya hilang.
*Celur
Anda boleh juga mencelur sayur-sayuran yang sesuai untuk anak
makan bersama sos.
*Kukus
Jika mengukus sayur-sayuran, jangan terlalu lama kerana sayur
tersebut akan menjadi lembik dan tidak sedap dimakan.
*Stew
Untuk kelainan, anda boleh juga membuat stew sayur-sayuran.
*Salad
Ia cara paling mudah menghidangkan sayur-sayuran. Tambahkan
sedikit sos seperti thousand island dan sebagainya untuk membangkitkan
selera.
*Kek dan roti
Sekiranya anak adalah penggemar roti atau kek, anda boleh
menyediakan kek atau roti berperisa sayur-sayuran seperti kek lobak merah atau
roti kentang.
*Jus
Jangan terkejut kerana sayur-sayuran juga boleh dijadikan jus.
Apa kata sekali-skala hidangkan anak jus timun dan lobak merah yang dicampur
dengan yogurt atau susu. Pasti dia menggemarinya.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/mama-nak-makan-sayur-1.158408
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..