Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema bagaimana
cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.
Tidak kira sama ada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan
pengasuh atau nurseri, pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian
susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.
Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat
berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak
menyusu secara terus dari payu dara ibu.
1 Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.
2 Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian
rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
3 Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip
untuk mencairkannya.
4 Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam
air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan
sahaja).
5 Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas
botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.
6 Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas
dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
7 Jangan cairkan susu beku dalam suhu bilik.
8 Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam
masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).
9 Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah
menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan
lapisan lemak yang terpisah itu.
10 Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis
susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.
11 Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke
dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam
sahaja.
12 Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula,
jadi ibu kena pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan
tidak membazir.
13 Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi
minum.
Tip Penyimpanan Susu
Perahan
a. Di tempat kerja
Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais,
jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg
penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan
antibodi terpelihara dari proses pembekuan.
b. Sampai di rumah
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima
yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan
hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok
seterusnya.
c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama
bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang
awal terlebih dahulu.
d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas
penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu
dibekukan.
e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas
penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..