Assalamualaikum.. Menarik tengok pavlova mini.. Teringin nak buat, tapi malangnya oven plak tak de.. Hehehe.. InsyaAllah nak beli jugak oven nak cuba resepi yang dah banyak kumpul dalam blog nih.. Yelah ada jer entry pasal baking membaking, tapi ovennya tak de.. Bila dah pandai buat sendiri, boleh publish dalam nih hasil kerja tangan sendiri.. Penat kumpul jer resepi.. Hahaha..
Sudah la, tak payah la dengar makcik nih membebel banyak-banyak.. Meh kita terjah resepi kita pada kali nih hasil sumbangan resepi dari Chef Selebriti BH Mohd. Zamri Sahari melalui akhbar berita harian di ruangan Famili..
Pavlova Mini
Bahan :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cuka putih
Lapisan bahagian atas :
Krim putar secukupnya
Buah-buahan segar. Boleh guna kiwi, strawberi, anggur hitam dan pic.
Cara :
* Putar putih telur bersama gula kastor sehingga kembang serta ringan atau dikenali sebagai soft peak.
* Masukkan pula esen vanila, cuka dan tepung jagung lalu diputar seketika.
* Masukkan adunan ke dalam plastik aising lalu bentukkan ke dalam mangkuk kertas.
* Bakar pada suhu 120 darjah celcius selama 35 hingga 45 minit.
* Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 30 minit.
* Letakkan krim putar di atasnya lalu disusun bersama buah-buahan.
Panduan
* Sebelum dihidangkan, sejukkan pavlova terlebih dulu.
* Pavlova boleh menggunakan variasi buah-buahan seperti buah markisa, oren, delima, bluberi, rasberi, anggur, strawberi, kiwi, pic, aprikot dan sebagainya.
* Untuk lebih sedap, gunakan buah-buahan yang mempunyai rasa masam manis.
Sumber dari akhbar berita harian dan gambar kredit dari wanista.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..