08 July 2013

Kek Mentega Oreo Strawberi

Assalamualaikum semua.. Pejam celik, pejam celik, dah nak berpuasa. Manfaatkan waktu cuti dengan menjamu selera bersama keluarga. Di saat hampirnya bulan Ramadhan pastinya ada yang ingin mengadakan sedikit jamuan sempena menyambut kedatangan Ramadhan.. Bukan itu saja, sebelum menjelangnya bulan  Syawal, pastinya ada yang ingin membuat kek untuk disajikan buat tetamu yang berkenjung ke rumah nanti.. Apapun meh kita tengok resepi kat sini skit, mana la nak tau ada yang mendapat ilham nak masak kek apa ari ni..




Cuba anda buat Kek Oreo Strawberi yang dikongsikan ini, mungkin kena cita rasa keluarga dan rakan-rakan anda semua. Belum cuba, belum tahu! 
 
Bahan-bahannya:
 

4 biji telur

250 gm mentega

200 gm gula kastor

250 gm tepung gandum

5 gm serbuk penaik

50 ml santan kotak dan 50 ml air (kacau sebati)

1 sudu kecil perasa strawberi

50 gm biskut oreo (buang krim, kisar kasar)
 
 
 
Cara menyediakan:
 
  • Putarkan gula dan mentega hingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
  • Tepung diayak bersama serbuk penaik.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan santan.
  • Keluarkan 1/3 daripada adunan tersebut dan campur dengan perasa strawberi.
  • Kemudian ceduk adunan selebihnya dengan biskut oreo.
  • Gunakan loyang berukuran 8". 
  • Letakkan adunan oreo terlebih dahulu, kemudian masukkan adunan berperisa strawberi.
  • Bakar dalam suhu 150-160c.





Sumber disunting dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/kek-mentega-oreo-strawberi-1.179303


1 comment:

  1. wah keliatannya enak, jadi lapar nih. btw, kalau mau makan kue ama teh coba ke sini ya Teh Pelangsing sambil liat Koleksi Busana

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..