Sakit gigi memang menyeksakan. Selain daripada mendapatkan rawatan
perubatan dengan doktor gigi, apa kata cuba beberapa petua berikut untuk
meredakan sakit gigi.
*Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
*Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini
untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
*Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga
lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
*Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika
gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup
dengan kapas.
*Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda
dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
*Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih
hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang
gigi.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/petua-redakan-sakit-gigi-1.158925
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..