Bangun lebih awal untuk bersahur sememangnya satu cabaran. Kebiasaan memanaskan makanan lebihan sebelumnya adalah satu amalan yang tidak baik. Sebaiknya, mulakan hari anda dengan mengambil makanan yang baru dimasak serta memenuhi keperluan nutrisi tubuh.
Antara makanan yang mudah dan memberikan kesihatan yang lebih baik untuk tubuh badan kita ialah:
- Oat - karbohidrat daripada makanan ini adalah karbohidrat yang menyihatkan. Ia membantu memberikan tenaga sepanjang hari
- Telur - makanan ini memberikan sejumlah protein dan tenaga yang diperlukan tubuh menjalani kegiatan seharian.
- Bagi hidangan berbuka, kawal pengambilan makanan anda untuk mengelakkan makan berlebihan.
- Minum segelas penuh air sebelum dan selepas makan bagi menggantikan cairan yang hilang dari tubuh sepanjang hari. Selain itu, amalan ini membantu mengelakkan anda dari keinginan untuk makan snek di tengah malam.
Sumber disunting dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/makanan-sihat-sepanjang-puasa-1.180774
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..