Pada bulan puasa, ramai yang suka makan kerang rebus dan kerang bakar. Ada
yang makan di kedai dan ada juga ibu-ibu buat sendiri di rumah untuk dijamu
bersama keluarga tersayang.
Namun, kadang-kala ada ibu-ibu yang berdepan dengan masalah sewaktu mencuci kerang. Ini kerana kerang sukar dibersihkan kerana berpasir. Bagaimanapun ada petua untuk membersihkannya. Sangat mudah.
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan hingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Selamat mencuba!
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/petua-cuci-kerang-1.185501

No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..