Assalamualaikum semua.. Hari ni nak berkongsi petua bagi bakal-bakal ibu yang inginkan kulit bayi kelihatan bersih.. Alhamdulillah semasa mengandungkan kedua-dua anak, saya amalkan petua ini sekitar bulan ke-7 kehamilan sehingga bersalin.. Hasilnya, kulit anak saya kelihatan bersih.. Petua ini saya perolehi dari isteri kawan suami dulu.. Ini saya kredit dari web Pa & Ma.. Tetiba muncul idea untuk kongsi pengalaman saya juga yang pernah mengamalkan meminum air kelapa.. Meh baca skit apa yang Pa & Ma paparkan..
Semua ibu bapa mahu memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih dan mulus. Ia boleh dimiliki dengan mengamalkan
petua tradisional sejak mengandung lagi.
Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester
ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa
dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi
dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh
bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang
menghadapi masalah berkaitan kulit.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/petua/petua-bayi-berkulit-bersih-1.169863
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..