25 June 2014

Petua Mengatasi Sinki Tersumbat

Assalamualaikum semua.. Nak berkongsi perihal petua lagi.. Kali ni sinki plak.. Bagi sesiapa yang kerap memasak pastinya kerap mengalami masalah sinki tersumbat.. Adakah korang tahu cara mudah untuk mengatasi masalah ini? Meh kat sini saya sertakan petua yang saya baca.. Semoga ianya dapat membantu para ibu diluar sana melakukan sendiri tugas ini tanpa bantuan tukang paip atau para suami.. Hehehe..




Tentunya ada ramai antara anda yang pernah berhadapan dengan masalah singki tersumbat. Sebelum memanggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. ia bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang anda.



1 Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.

2 Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.

3 Diikuti dengan secawan garam halus.

4 Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.

5 Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.

6 Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.




Sumber dan gambar kredit dari impiana



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..