28 June 2012
Penjagaan Kuku Kaki dan Tangan
Walaupun kecil, tetapi kuku memerlukan perhatian yang lebih untuk membuatkan anda kelihatan hebat dan menarik. Seperti juga anggota badan yang lain, kuku perlu dijaga dengan teliti bagi mengelakkan jangkitan kuman seperti fungus. Antara penyebab kerosakan kuku ialah kekurangan vitamin B dan C, tidak mengamalkan diet seimbang, kurang pendedahan cahaya matahari serta kerosakan akibat melakukan kerja rumah. Namun, ia tidak bermakna anda tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat. Ada cara untuk mencantikkan kuku anda.
* Amalan menggigit kuku memang amat ditegah kerana kuku anda bukan sahaja merekah, malah akan rosak jika berlarutan. Kunjungi salun kecantikan yang membuat rawatan kuku sekurang-kurangnya sebulan sekali atau pun anda boleh melakukannya sendiri di rumah dengan membeli alat pegilat kuku yang sesuai. Kuku anda perlu dicuci terlebih dahulu sebelum memulakan langkah penjagaan yang lain.
* Untuk mendapatkan hasil yang menarik, potong kuku anda sekali seminggu selepas mandi kerana kuku masih berkeadaan lembap dan lembut. Tidak pun, sapukan minyak zaitun pada kuku sebelum tidur kerana ia mengandungi vitamin A dan E yang berupaya memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit termasuk kuku anda.
Sumber dari majalah dara.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..