01 December 2011

Baik Buruk Kafein

Kebaikan Kafein (secara saintifik)
  • Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan
  • Mencegah gigi berlubang : kafein dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang
  • Membantu meringankan sakit kepala : berdasarkan kepada jumlah yang tertentu bukan yang berlebihan
  • Membantu seseorang yang susah untuk bernafas kerana lelah atau asma, dengan cara melebarkan saluran bronkial yang menghubungkan antara kerongkong dengan paru-paru
  • Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosak sel DNA
  • Membantu meningkatkan stamina dan menghilangkan kelelahan
  • Boleh mengurangkan risiko osteoporosis (pereputan tulang) di kalangan wanita


Keburukan Kafein
  • Memberi rangsangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala-gejala seperti denyutan jantung menjadi lebih pantas, tekanan darah meningkat dan menyebabkan otot-otot lemah
  • Kesan negatif lain : Insomnia, Anemia dan meyebabkan sel kulit kering
  • Kafein di kalangan wanita hamil : risiko bayi lahir kurang berat, kajian juga mendapati pengambilan kafein boleh memperlahankan pertumbuhan janin dalam kandungan
  • Menyebabkan pengeluaran air secara berlebihan dalam badan
  • Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan telah diatur oleh melatonin
  • Kafein akan menakluki enzim fosfodiesterare yang digunakan dalam pembentukan memori dan akhirnya menyebabkan kehilangan memori
  • Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak lemah daya ingatan



Sumber dari google



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..