09 November 2011

6 Penyebab Umum Sakit Kepala


Penyebab serangan sakit kepala yang kekadang kita alami bukan hanya berpunca dari suara bising atau stress kerana deadline pekerjaan. Ada beberapa penyebab serangan sakit kepala. Kita boleh menghindari sakit kepala itu dengan terlebih dahulu mengetahui penyebabnya.
Berikut beberapa penyebab sakit kepala :

 1  Kecemasan
Ketika kita merasa cemas yang melampau, kita akan cenderung untuk rasa sakit kepala.

 2  Cahaya Silau
Relakskan mata anda. Cahaya yang terlalu menyilaukan boleh membuat tekanan pada otot mata sehingga bisa menyebabkan sakit kepala. Cahaya silau yang dimaksudkan boleh berpunca dari sinar matahari, cahaya lampu, dan monitor TV atau komputer.

 3  Pola Tidur dan Makan
Melewatkan makan pagi atau berpuasa tanpa adanya persiapan boleh menyebabkan anda sakit kepala. Terutama bagi anda yang memutuskan untuk tidak makan apapun dan tidur kurang atau lebih dari 7-9 jam sehari. Pola tidur anda, termasuk tidur siang, sangat penting.

 4  Ubat-ubatan
Beberapa jenis ubat yang anda ambil boleh berpotensi untuk menyebabkan sakit kepala. Jika anda merasakan sakit kepala yang anda alami berpunca dari efek sampingan ubat adalah terlalu teruk, tanyakan doktor untuk menggantikan ubat tanpa atau dengan efek samping yang lebih ringan.

 5  Aktiviti Fizikal
Latihan fizikal yang berat boleh menyebabkan otot di kepala, leher bahkan kulit kepala memerlukan peredaran darah yang banyak. Hal ini dapat membuatkan pembuluh darah membengkak. Hal inilah yang disebut sebagai sakit kepala exertional.

 6  Hormon
Untuk wanita yang sedang mengalami kitaran haid, sakit kepala dan migrain merupakan hal yang berkaitan dengan peningkatan hormon estrogen di dalam tubuh. Jika hormon estrogen dalam tubuh anda berubah-ubah, kemungkinan anda boleh diserang sakit kepala.




Sumber dari http://gugling.com/


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..