1 Jika kaki kejang, tekan kaki pada dinding. Selain itu, pastikan anda mendapat cukup kalsium agar masalah ini dapat dikurangkan.
2 Posisi terbaik untuk tidur mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.
3 Sekiranya anda sakit belakang, letakkan lebih bantal semasa berbaring. Letakkan satu bantal di bawah perut, celah kedua-dua kaki, bahagian bawah belakang dan satu lagi di bahagian kepala.
4 Mengurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur dapat mengelakkan anda kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.
5 Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
Sumber dari majalah PA&MA - http://pama.karangkraf.com/petua/5-info-atasi-tidur-lena-1.50865
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..