Tapi bagi saya, kenyataan ini adalah meleset.. Kerana selepas kelahiran anak sulung sekitar 5 bulan, saya disahkan hamil anak yang kedua.. Oleh yang demikian, saya masih takut nak gunakan kaedah lain selain dari pil perancang keluarga.. Korang bagaimana pula??? Pastinya masing-masing ada kaedahnya yang tersendiri.. Apapun di sini ada kaedah tradisional yang korang boleh cuba.. Meh baca skit..
Ramai menggunakan kaedah perancangan keluarga secara moden tetapi ada juga yang masih bimbang untuk mencubanya . Apa kata anda menggunakan kaedah secara tradisional yang lebih mudah dipraktiskan.
Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi.
Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih,
kemudian ditapis. Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.. Minum sebulan
sekali sebelum tidur. InsyaAllah akan berhasil.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/petua/jarakkan-kehamilan-secara-tradisional-1.166098
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..