Pernahkah anda berhadapan dengan situasi hendak memasak tetapi sayur yang dibeli sudah tidak segar? Kecewanya rasa apatah lagi anak dan suami sudah kelaparan. Hendak ke kedai sudah tidak sempat.
 
Jika sayur yang ada di dalam peti sejuk adalah brokoli, anda masih boleh tersenyum. Tahukah anda bahawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan lagi. Jangan cepat membuangnya ya!
 
Caranya mudah sahaja. Masukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.