Assalamualaikum semua.. Info kali ni ditujukan buat yang sedang berdiet dan ingin berdiet tanpa meninggalkan makan malam.. Yelah, bila dah lepas raya nih ada yang badan mula naik semula.. Anda yang ingin berdiet masih boleh menikmati makan malam bersama keluarga dengan mengawal corak pemakanan itu sendiri.. Meh baca tips yang saya baca nih semoga ia membawa manfaat bagi yang sedang berdiet..
Makan malam mungkin menjadi igauan ngeri bagi mereka yang sedang berdiet.
Namun anda masih boleh menikmati makan malam bersama keluarga tetapi pastikan
pemakanan anda terkawal.
Ini kerana makanan yang diambil berdekatan dengan jarak waktu tidur
sememangnya meninggalkan kesan besar terhadap tubuh. Di sini, dikongsikan beberapa tip
pemakanan pada sebelah malam yang boleh membantu anda.
Makan malam sebelum jam 7
Bagi anda yang suka makan malam, amalkan menjamu selera antara pukul tujuh
dan lapan malam. Ketika ini, tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan
memerlukan makanan untuk menggantikan tenaga ini. Jadi makanan yang anda makan
akan sempat melalui proses penghadaman dan digantikan sebagai tenaga, bukan
lemak.
Makan bubur
Bukan sahaja sesuai untuk anak kecil, tetapi bubur atau nasi air juga
sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Pastikan kandungan gula yang sedikit.
Bubur kacang hijau dan bubur jagung antara yang terbaik untuk anda.
Buah-buahan
Nikmati buah-buahan segar setiap malam hari. Sebiji epal atau oren cukup
untuk menghilangkan rasa lapar anda. Bagi yang tidak suka epal dan oren, anda
boleh mengambil pisang atau tembikai. Sudah cukup membuatkan anda kenyang di
malam hari.
Sup tanpa minyak
Pilih semangkuk sup penuh ayam, udang serta sayuran sebagai pelengkap sup.
Pastikan sup direbus tanpa tanpa minyak. Elak mengambil sup daging yang dapat
meninggikan tahap kolestrol dalam darah.
Dua keping roti
Roti kosong yang dibakar tanpa mentega atau jem cukup baik untuk tubuh
bandan. Lengkapkan dengan secawan minuman coklat atau susu panas. Hidangan ini
nampak rngkas tetapi memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan.
Air kosong
Sebagai pelengkap makan malam anda, lebihkan pengambilan air kosong pada
waktu malam. Sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai. Amalkan
mengambil air kosong setiap hari agar jumlah air dalam tubuh anda
mencukupi.
Sumber disunting dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/pemakanan-malam-hari-1.183572
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..