Kanak-kanak dan aiskrim amat sinonim. Pertama kali merasainya kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta. Kalau boleh setiap hari pagi dan petang mereka hendak makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak kecil makan terlalu banyak aiskrim.
Alasan kita, tak elok makan aiskrim banyak sebab nanti batuk.
Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak?
Hakikatnya aiskrim bukanlah punca seseorang itu batuk kerana ketika makan
aiskrim, ia akan sepantasnya mencair.
Proses pencairan aiskrim lebih pantas berlaku dengan pengaruh
susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak
sesejuk suhu ais. Larangan si kecil yang demam, batuk dan selesema daripada
makan aiskrim juga satu mitos.
Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan
mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau
minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin teruk.
Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal
mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti
digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses
penyembuhan sakit si kecil.
Sebagai makanan kudapan, aiskrim tidak seharusnya menjadi
makanan larangan. Pendapat yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan
aiskrim kerana alasan akan menyebabkan bayi obes adalah salah.
Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil
secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua
hingga tiga cawan setiap minggu.
Fakta aiskrim
*Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada
100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi
protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.
*Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein
susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya
produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada
kesihatan tubuh.
*Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan
tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..