Assalamualaikum semua.. Mungkin ada di antara kita ada anak yang mempunyai masalah obesiti.. Termasuklah saya, ada anak yang mempunyai masalah obesiti nih.. Izzat memang suka makan, terutamanya nasi, lauk kekadang ikan, ayam, seafood, telur ngan macam-macam lagi.. Bab bersenam, tiap-tiap petang mesti dia keluar main ngan adik dia.. Diaorang main kat umah kawan.. Memandangkan Izzat nih tak reti naik basikal, dia banyak berlari kejar kawan-kawan dan adik dia yang naik basikal.. Tapi badan, makin hari stay makin naik.. Tak tahu nak buat macam mana lagi.. Korang ada masalah seperti saya???
Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin
meningkat. Dikatakan peratus kegemukan kanak-kanak semakin meningkat dari tahun
ke tahun. Sebagai ibu bapa tentu kita risau dengan situasi tersebut.
Pelbagai faktor dikaitkan dengan kegemukan di kalangan
kanak-kanak seperti gaya hidup dan pemakanan tidak terkawal. Namun memang lumrah
kebanyakan kita suka melihat anak-anak kecil yang montel kerana nampak
comel.
Tetapi janganlah dibiarkan kemontelan itu berterusan sehingga
mereka dewasa kerana berisiko mendapat pelbagai masalah kesihatan selain faktor
rasa rendah diri akibat kegemukan.
Oleh itu, ajarlah anak-anak anda bersenam dan beriadah. Jadikan
amalan berekreasi bersama keluarga satu rutin yang penting. Sedikit sebanyak ia
membantu anak-anak mengeluarkan peluh selain daripada menjadikan badan mereka
cergas dan sihat.
Berikut beberapa panduan untuk mendidik kanak kanak bersenam
dan mengamalkan gaya hidup sihat:
* Ajar anak konsep bersenam, keperluan dan kepentingannya. Ia
adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak pentingnya menjaga
kesihatan.
* Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik dengan
mengamalkan gaya hidup sihat.
* Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama
20 minit dan lakukan bersama anak-anak.
* Disiplinkan anak-anak mengikut jadual untuk menonton
televisyen, bermain permainan video dan beriadah supaya mereka tidak hanya
terperap di dalam rumah sahaja.
* Jika tidak keluar rumah untuk beriadah, mungkin anda boleh
reka permainan dalam rumah yang boleh membuatkan mereka aktif bergerak.
Sekurang-kurangnya mereka dapat juga mengeluarkan peluh.
* Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama
menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka
berbasikal di taman.
* Tetapkan waktu petang pada hujung minggu sebagai hari
bersukan. Bawa mereka ke padang permainan, padang bola atau di sekitar rumah
supaya mereka dapat aktif bermain bersama kawan-kawan sebaya.
* Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar
anak anda memakan makanan ringan sejak kecil lagi.
* Didik anak kepentingan memakan sayur-sayuran dan buah buahan
untuk kesihatan tubuh badan. Jangan terlalu mengikut selera anak apabila mereka
tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda
perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan
tersebut.
* Untuk lebih menyeronokkan, tubuhkan satu komuniti ibu bapa
yang mempunyai anak dan buat aktiviti bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga
boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/famili/jom-senam-anak-anak-1.148582
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..