22 October 2013

Rotavirus Ancam Nyawa

 


Pernahkah anda mendengar penyakit Rotavirus? Mungkin anak anda pernah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Mungkin juga anda menganggapnya perkara biasa. Hakikatnya tidak. Jika tidak dikawal, nyawa anak boleh terancam!



Di seluruh dunia, penyakit rotavirus menjadi punca separuh daripada kemasukan kanak-kanak dalam hospital akibat gastroenteritis akut di kalangan mereka yang berumur bawah lima tahun.



Manakala di Malaysia, ancaman ini semakin bertambah apabila melihat peratusan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat simptom cirit-birit dan muntah-muntah semakin tinggi.



Gastroenteritis rotavirus boleh menjadi serius secara tiba-tiba dan menyebabkan penyahidratan. Cirit-birit akibat rotavirus biasanya dialami selama tiga hingga Sembilan hari dan boleh kekal sehingga tiga minggu.



Kesan jangkitan rotavirus bukan sahaja membawa penderitaan kepada anak tetapi juga tekanan emosi kepada diri sendiri. Malah ia turut memberi bebanan ekonomi kerana perlu menanggung kos rawatan yang tinggi. Bahkan, anda juga perlu mengambil cuti yang panjang untuk menjaga anak yang sakit.



Rotavirus menyebabkan jangkitan virus usus yang mengakibatkan demam, muntah-muntah dan cirit-birit teruk. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan masalah penyahidratan sehingga anak anda perlu dimasukkan ke dalam hospital.



Virus ini boleh tersebar terutamanya melalui mulut atau sentuhan dengan najis yang telah dijangkiti. Penularan rotavirus berkait secara langsung dengan kehadiran sejumlah besar zarah virus di dalam najis.



Oleh kerana virus boleh terus hidup dalam persekitaran, jangkitan berlaku menerusi penyebaran manusia kepada manusia, pengambilan makanan atau air tercemar dan sentuhan dengan permukaan tercemar seperti alat permainan.


Ia berjangkit dan boleh hidup selama berjam-jam pada tangan dan berhari-hari pada permukaan pejal. Ia mampu kekal stabil dan boleh menjangkiti najis manusia sehingga satu minggu.







Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/rotavirus-ancam-nyawa-1.209974

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..