28 October 2013

Keburukan Tidur Belebihan

Assalamualaikum semua.. Penah tak korang tidur lebih dari 6 jam??? Bagi aku memang pernah.. Kekadang tuh qada' tidur, ada ke istilah nih??? Ada la bagi aku, cover tidur hari yang sebelumnya yang kurang tidur.. Tapi tahukah korang yang ianya tidak bagus untuk kesihatan, malah ada kesan lain plak pada diri kita.. Meh baca info yang diperolehi nih..
 



Pakar-pakar perubatan telah mencadangkan supaya waktu tidur dicukupkan selama enam jam setiap hari. Bagaimanapun, sekiranya ia sengaja dilebihkan maka ada risiko kesihatan yang menanti. Ingin mengetahui apakah kesannya maka ikuti artikel di bawah:



Kencing manis


Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.



Sakit jantung


Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.



Mudah lupa


Tahukah anda bahawa tidur bagus untuk membentuk ingatan. Tetapi, waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk apabila usia kian meningkat kelak.



Tekanan


Banyak kajian telah membuktikan bahawa individu yang berhadapan dengan tekanan cenderung untuk tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya. Pasti mereka beranggapan dengan mempraktikkan cara tersebut, masalah yang dideritai boleh diselesaikan tetapi hakikatnya ia hanya memburukkan lagi keadaan dengan merasa diri lebih terbeban dan tertekan.



Kenaikan berat badan


Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang ‘mendapatkan’ tidur secara normal.




Jejas kecantikan


Terlalu banyak tidur juga boleh menjejaskan kehidupan sosial seseorang. Sewaktu sedang enak tidur, anda sebenarnya telah ketinggalan pelbagai aktiviti yang berfaedah dilakukan bagi meningkatkan keyakinan, kecantikan serta produktiviti diri. Sedikit sebanyak, ia menjejaskan daya tarikan sekali gus membuatkan anda kelihatan kurang menarik berbanding sebelumnya.



Oleh itu, kembalilah ke waktu tidur normal bagi menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan seperti sebelumnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..