Assalamualaikum semua.. Memandangkan esok dah Hari Raya Aidiladha, mungkin ada yang berkira-kira untuk menyediakan kek sebagai hidangan buat para tetamu yang datang ke rumah nanti.. Di sini disertakan petua yang mungkin berguna bagi kita agar kek yang dimasak nanti tidak melekat pada acuan atau loyang kek..
Ramai yang suka buat kek tetapi jika ditanya tentang petua-petua
buat kek, ada yang masih tidak tahu. Kadang-kala ada yang terlupa
hendak menyapu mentega pada loyang membakar kek. Di sini dikongsikan tips
mudah untuk keluarkan kek dengan sempurna walau tanpa mentega!
Apabila kek telah masak, letakkan loyang di atas kain basah
beberapa minit. Kemudian kek yang dibakar akan mudah dikeluarkan.
Selepas ini anda boleh gunakan petua ini. Selamat mencuba!
Sumber dari Majalah Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..