17 September 2013

Rambut Sihat Walau Bertudung

Assalamualaikum semua.. Bagi wanita muslim pastinya menghadapi masalah dalam penjagaan rambut kerana bertudung.. Seringkali yang menjadi masalah adalah wanita yang berambut panjang.. Bukannya apa, jika rambut yang panjang dibasuh dan disyampu pastinya menghadapi masalah untuk mengeringkannya jika ingin keluar dan bertudung.. Rambut yang basah boleh mengundang bau yang kurang enak kan??? Meh baca sedikit info yang boleh diamalkan..





Seringkali wanita yang bertudung dikatakan mempunyai rambut yang tidak terjaga dan berbau busuk. Ini mungkin disebabkan dengan cara rambut yang 'dibungkus' selama beberapa jam, jadi tanggapan mereka rambut orang yang bertudung akan jadi bertukar menjadi bau yang kurang senang. 
 
Sebenarnya ada cara yang boleh mengelakkan rambut wanita yang bertudung daripada berbau dan bebas daripada sebarang masalah, ikuti tip di bawah:
  • Cuci rambut setiap hari dengan syampu dan urut kulit kepala menggunakan hujung jari dengan lembut.
  • Usahakan mencuci rambut pada waktu petang agar terhindar dari sinar matahari secara langsung.
  • Jika perlu bertudung segera, keringkan rambut sebelum memakai tudung.
  • Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah.  Ini bagi mencegah kerosakan rambut.
  • Ketika di rumah, biarkan rambut terlerai tanpa diikat.  Ini bagi memberi kulit kepala bernafas.
  • Sikat rambut sebelum tidur dan elakkan tidur di atas rambut.







Sumber disunting dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/rambut-sihat-walau-bertudung-1.183647






No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..