Siapa yang tidak pening kepala bila mendapat bil elektrik yang melambung. Memang kebanyakan barangan rumah perlu menggunakan tenaga elektrik tetapi jangan sampai ia menjadi bebanan kepada anda.

Bagi yang memiliki anak, didiklah sikap berjimat cermat menggunakan tenaga elektrik sejak dari kecil. Sikap berjimat cermat bukan sekadar terhad kepada wang ringgit sahaja tetapi
termasuk penggunaan alat elektrik.

Berikut tip yang boleh dipraktikkan di kediaman masing-masing.

1    Alat penghawa dingin dan kipas

*Apabila menggunakan alat penghawa dingin, pastikan ruang tersebut sentiasa bertutup supaya udara dingin dari ruang tidak keluar.

*Pilih alat penghawa dingin yang sesuai dengan ukuran ruang penginapan kerana jika saiz terlalu besar, ia akan meningkatkan kos elektrik.

*Ajar anak-anak bila masa yang sesuai untuk mengaktifkan alat penghawa dingin.


2    Lampu

*Ajar anak untuk menutup suis lampu di bilik, dapur atau ruang lain di kediaman selepas tidak menggunakan ruang tersebut. Ia membantu menjimatkan tenaga elektrik.

*Gunakan lampu LED yang mampu membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan jangka hayat yang lebih lama.

*Untuk mengurangkan penggunaan lampu, warnakan latar dinding kediaman anda dengan warna cerah atau terang.


3    Peti sejuk

*Untuk hasil yang efisen, suhu dalam peti sejuk hendaklah diatur bersesuaian dengan penggunaannya.

*Bersih, cuci dan de-frost peti sejuk sekerap mungkin secara teratur. Ini akan membuatkan ia berfungsi dengan baik dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan.


4   Mesin basuh

*Elakkan menggunakan masih basuh untuk membuat cucian yang sedikit. Jika keluarga kecil, anda boleh membuat basuhan dua hingga tiga kali dalam masa seminggu.

*Basuhan dalam kuantiti banyak telah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk mesin basuh dalam masa seminggu.


5   Cerek elektrik

*Gunakan cerek elektrik dengan saiz yang berpadanan mengikut bilangan isi rumah.


6   Seterika

*Untuk menjimatkan elektrik, elakkan daripada menggosok pakaian sehelai dua dalam satu masa sebaliknya gosoklah stok pakaian untuk dipakai seminggu.


7   Pengisar makanan

*Buat stok dalam kuantiti yang banyak untuk satu kali kisaran. Misalnya, mengisar cili, lada putih, bawang dan sebagainya dan simpan dalam peti sejuk sebagai stok.








Sumber dari http://pama.karangkraf.com/famili/jom-jimat-tenaga-elektrik-1.183207